Makluman Kepada Semua Pusat Bertauliah Dan Pelatih
Pusat Bertauliah dan pelatih diwajibkan untuk membuka akaun dengan CIMB Konvensional di dalam proses penerimaan urusan pembayaran pinjaman berkuatkuasa pada 12 Jun 2008.
Pusat Bertauliah dan pelatih yang telah membuka akaun dengan CIMB Islamic Bank adalah diminta untuk menukar akaun bank ke CIMB Konvensional untuk memudahkan proses bayaran
Sistem Kawalan Muat Turun Dokumen Pusat Bertauliah
Makluman kepada pusat bertauliah (PB), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang berdaftar dengan PTPK
Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) telah membangunkan Sistem Kawalan Muat Turun Dokumen Pusat Bertauliah secara online di laman web ini. Pihak pengurusan PB dikehendaki membuat pendaftaran pengguna untuk membenarkan PB mencapai maklumat yang disediakan di dalam sistem ini. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi BTM di talian 03-20840500 samb. 567 atau e-melkan kepada help.ict@ptpk.gov.my.
Semua PB perlu :-
membuat pendaftaran pengguna baru secara online di laman web kami. Langkah-langkah untuk mendaftar adalah seperti berikut:-
Klik Log Masuk Pusat Bertauliah di sebelah kanan atas laman ini
Klik Pendaftaran Baru
Isikan ruangan Kod Pusat Bertauliah, Kata Nama, Kata Laluan, Nama Penuh Pendaftar, E-mail dan Soalan Keselamatan.
Klik Hantar
menghubungi BTM melalui talian telefon atau datang sendiri ke kaunter tingkat 4, PTPK untuk mengaktifkan pendaftaran pengguna.
Perhatian :
Setiap PB hanya boleh mendaftar satu akaun sahaja. Jika terdapat lebih dari satu akaun bagi setiap PB, sistem secara automatik akan menyahaktifkan akaun anda.
Maklumat dalam laman web ini hanya akan dipaparkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh kali pertama ia dipaparkan.
Jika anda mempunyai sebarang masalah / pertanyaan, sila hubungi BTM untuk bantuan atau tindakan susulan.
Lawatan Ke Pusat Latihan Kemahiran Teknologi Raub (PLKTR)
Lawatan Ke Wood Industry Skills Development Centre (WISDEC)
Jadual Hari Bertemu Pelanggan PTPK
Bulan September : 12 hb September 2008 [ Masa : 9.00 pg - 12.00 tgh ]
Bulan Oktober : 10 hb Oktober 2008 [ Masa : 9.00 pg - 12.00 tgh ]
Bulan November : 07 hb November 2008 [ Masa : 9.00 pg - 12.00 tgh ]
Bulan Disember : 12 hb Disember 2008 [ Masa : 9.00 pg - 12.00 tgh ]
--- Tuan / Puan Dipersilakan Hadir ---
:[: Laman Rasmi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran :]: