Message from CE's Desk

Azrul

Y.BRS ENCIK AZRUL IZHAM BIN HAMZAH
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
 

Assalammualaikum, Salam Sejahtera serta Salam Kemahiran


Selamat datang ke Laman Web Rasmi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).

PTPK merupakan peneraju kepada pembiayaan kepada program Technical / Vocational Education and Training atau TVET di Malaysia. Sehingga hari ini terdapat lebih daripada 415,490 orang peminjam yang telah menerima manfaat daripada pembiayaan PTPK dengan jumlah tidak kurang daripada RM4.07 billion semenjak penubuhan Tabung Pembangunan Kemahiran pada tahun 2001.

Bagi memartabatkan TVET sebagai bidang pendidikan kemahiran yang berbentuk premier, PTPK telah diberikan amanah di dalam memastikan dana pembiayaan dalam bentuk pinjaman mahupun geran bagi pelbagai bidang kemahiran di institusi TVET awam mahupun swasta. Pelaksanaan program yang bersifat memenuhi kehendak pasaraan buruh negara dengan kerjasama strategik stakeholders kami. Semua program latihan kemahiran ini dilaksanakan dengan sistematik dan integriti yang tinggi.

Dalam merealisasikan aspirasi negara bagi melahirkan pekerja mahir di dalam pelbagai sektor ekonomi, kami di PTPK amat menggalakkan usaha dan jaringan kerjasama strategik dengan semua pihak di dalam memacu negara ke arah sebuah negara yang berpendapatan tinggi.

Selain daripada itu, bagi memastikan kelestarian dana pembiayaan pada masa akan datang, pihak PTPK turut mempergiatkan usaha di dalam mempertingkatkan prestasi bayaran balik. Ini boleh dilihat melalui kepelbagaian pilihan kaedah pembayaran bagi memudahkan pihak peminjam.

Selain daripada mengakses informasi mengenai PTPK, saya amat berharap para pengunjung laman web PTPK ini turut mengambil kesempatan untuk meninggalkan pandangan atau idea yang dapat membantu memperkemaskan tadbir urus serta mempertingkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan kami. Laman Web PTPK ini akan sentiasa dikemaskini dan ditambah baik untuk memastikan ia berterusan membekalkan informasi terkini.

Selamat melayari Laman Web Rasmi PTPK.

Last modified on Monday, 20 August 2018 11:20