Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menawarkan pengurangan bayaran balik Pinjaman Latihan Kemahiran berdasarkan diskaun 10 peratus setahun ke atas baki pinjaman yang diselesaikan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan secara konsisten selama 12 bulan berturut-turut atau pada bayaran 12 bulan ke hadapan
   
Kaedah Pelaksanaan
  1. Peminjam yang layak menerima pemberian diskaun 10 peratus adalah peminjam yang membuat ansuran bayaran balik pinjaman mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan selama 12 bulan berturut-turut atau 12 bulan ke hadapan.
  2. Peminjam layak diberikan diskaun 10 peratus ini mulai tarikh pembayaran pada 1 Mac 2013. Bayaran balik pinjaman yang dibuat sebelum 1 Mac 2013 tidak diambilkira bagi pemberian diskaun ini. Pengiraan 12 bulan adalah mulai tarikh 1 Mac 2013 dan seterusnya.
  3. Pemberian diskaun 10 peratus adalah berdasarkan kepada jumlah bayaran balik yang dibuat dalam tempoh 12 bulan.
    Contoh pengiraan :
        Jumlah bayaran balik sebulan RM 96.56    
        Jumlah bayaran balik mengikut jadual bayaran balik (12 bulan) RM 1,158.72    
        Jumlah bayaran balik yang diterima (12 bulan) RM 1,200.00    
        Pemberian diskaun yang diberikan RM 120.00    
        (10% x RM 1,200.00)      
  4. Peminjam yang membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji layak menerima pemberian diskaun 10 peratus, sekiranya potongan gaji dibuat berdasarkan ansuran jadual bayaran balik yang ditetapkan. Diskaun hanya diberi bagi amaun potongan gaji bermula pada tarikh yang ditetapkan.
  5. Pemberian diskaun 10 peratus diberikan dalam bentuk pelarasan akaun. Pemberian diskaun 10 peratus akan diberikan selepas peminjam menyelesaikan tempoh bayaran balik 12 bulan secara berturut-turut atau 12 bulan ke hadapan.
  6. Peminjam yang mempunyai lebih daripada dua akaun pinjaman, layak untuk menerima pemberian diskaun 10 peratus jika bayaran dibuat berdasarkan jadual bayaran balik yang telah ditetapkan ke atas kedua-dua akaun tersebut.
  7. Sekiranya ada terdapat pembayaran terlebih bayar maka pelarasan baki terlebih bayar akan dipindahkan ke Akaun Pinjaman Latihan Kemahiran yang berikutnya (jika ada).
     
Syarat - Syarat Kelayakan
    1. Golongan yang layak mendapat pemberian diskaun ini adalah peminjam yang diluluskan Pinjaman Latihan Kemahiran pada tahun 2001 sehingga kini.
    2. Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan samada :
  a. selama 12 bulan berturut-turut; atau        
  b. bagi 12 bulan ke hadapan.        
    3. Pemberian diskaun 10 peratus adalah mulai tarikh pembayaran pada 1 Mac 2013 dan seterusnya.
    4. Bayaran balik pinjaman yang dibuat sebelum 1 Mac 2013 tidak diambilkira bagi pemberian diskaun ini.
   
Prosedur Pemberian Diskaun
  1. Pemberian diskaun 10 peratus diberikan kepada peminjam tanpa perlu membuat permohonan dan akan dikira selepas dua belas (12) kali bayaran balik ansuran mengikut jadual bayaran balik dilakukan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
  2. Pemberian diskaun 10 peratus diberikan dalam bentuk pelarasan akaun.
  3. Pemberian diskaun 10 peratus akan diberikan selepas peminjam menyelesaikan tempoh bayaran balik 12 bulan secara berturut-turut atau 12 bulan ke hadapan.
Last modified on Wednesday, 12 August 2015 09:27