Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Latihan Kemahiran
   
Penangguhan bayaran balik pinjaman diberikan kepada peminjam yang membuat peningkatan tahap kemahiran, menyambung pelajaran dan mengidap penyakit atau kurang upaya sehingga menyebabkan peminjam tidak boleh bekerja.
Peminjam perlu mengemukakan borang permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman. Klik sini untuk muat turun borang.
Peminjam juga perlu mengemukakan borang persetujuan penjamin untuk membuat penangguhan bayaran balik pinjaman.Klik sini untuk muat turun borang.
  1. Tempoh Penangguhan
  i. Tempoh penangguhan yang diberi adalah minimum 6 bulan dan maksimum selama 3 tahun.
  ii. Tempoh penangguhan dikira berdasarkan dari tarikh mula latihan/ pengajian baru.
   
  2. Syarat-syarat layak penangguhan:-
  i. Peminjam sedang:-
    a. Menyambung pengajian; atau
    b. Mengikuti latihan untuk peningkatan tahap; atau
    c. Sakit/kurang upaya untuk bekerja;
 
  ii. Peminjam perlu menyelesaikan bayaran premium insurans sebanyak RM150 bagi setiap akaun;
  iii. Peminjam perlu menyelesaikan tunggakan pinjaman sedia ada sebelum layak mendapat penangguhan;
  iv. Tempoh pengajian adalah tidak kurang daripada 6 bulan dari tarikh kelulusan penangguhan;
  vi. Surat permohonan (Lampiran A) perlu dikemukakan selewat-lewatnya 6 bulan sebelum tamat pengajian;
   
  3. Dokumen yang perlu dikemukakan semasa mengemukakan permohonan penangguhan:-
  i. Salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) terdahulu atau surat pengesahan tamat belajar tahap yang ingin ditangguhkan;
  ii. Surat tawaran belajar sekarang;
  iii. Surat pengesahan belajar sekarang (menyatakan tarikh mula dan tamat belajar);
  iv. Surat setuju penangguhan daripada penjamin-penjamin (Lampiran B); dan
  v. Surat pengesahan doktor (bagi penangguhan kerana sakit/kurang upaya).
   
  4. Pembayaran tunggakan pinjaman dan bayaran premium insurans melalui potongan Elaun Sara Hidup (ESH):-
  Peminjam yang mengikuti latihan kemahiran untuk peningkatan tahap boleh membuat bayaran tunggakan dan bayaran premium insurans melalui potongan ESH dengan mengemukakan Borang Kebenaran 1 dan dokumen-dokumen seperti di atas;
   
  5. Peminjam yang tidak layak mendapat penangguhan adalah seperti berikut:-
  i. Mengikuti kursus yang dibayar elaun; atau
  ii. Mengikuti kursus memasuki perkhidmatan seperti Kursus Latihan Polis atau unit beruniform yang lain.
   6.  Bayaran premium insurans RM 150.00 (bagi setiap akaun pelatih yang ditangguhkan)
Pembayaran insurans hanya boleh dibuat melalui Wang Pos / Kiriman Wang/ Draf Bank atas nama Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau bayaran tunai di Kaunter PTPK sahaja.
Last modified on Wednesday, 12 August 2015 09:26