Rayuan/ Penjadualan Semula Bayaran Balik Pinjaman Latihan Kemahiran
   
Permohonan boleh dibuat apabila peminjam menghadapi kesukaran untuk membayar ansuran bulanan seperti yang telah ditetapkan.
  1. Syarat permohonan rayuan bayaran balik pinjaman:
  i. peminjam tidak mempunyai pekerjaan; atau
  ii. pendapatan tidak mencukupi; atau
  iii. mempunyai tanggungan yang ramai.
   
  2. Prosedur Rayuan Bayaran Balik Pinjaman:-
  i. Peminjam boleh mengemukakan rayuan secara bertulis berserta salinan penyata pendapatan, jumlah tanggungan dan anggaran perbelanjaan kepada:
    Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 15-19 dan 27, Menara Dato' Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
No. 45 Jalan Tun Ismail
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Bayaran Balik & Penguatkuasaan)
  ii. Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui surat oleh Perbadanan ini.
   
  3. Prosedur Penjadualan Semula Bayaran Balik Pinjaman:-
  Syarat kelulusan penjadualan semula bayaran balik pinjaman:-
  i. Merupakan peminjam yang telah tamat tempoh bayaran balik;
  ii. Mengemukakan penyata pendapatan yang disahkan;
  iii. Anggaran perbelanjaan yang disahkan; dan
  iv. Membuat bayaran minimum (3 bulan tunggakan)
Dikemaskini pada Rabu, 07 Oktober 2015 09:20