Pengurusan Notis Peringatan Bayaran Balik Pinjaman Latihan Kemahiran

1. Notis Peringatan Mula Bayar Balik

  • Notis Peringatan Mula Bayar Balik akan dikeluarkan kepada peminjam dan penjamin-penjamin dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh mula bayaran balik bermula.

2. Notis Peringatan 1 Bulan Tunggakan

  •   Notis Peringatan 1 Bulan Tunggakan akan dikeluarkan sekiranya peminjam dan penjamin-penjamin tidak memberikan maklum balas dan tidak membayar balik pinjaman selepas sebulan tarikh bayaran balik bermula.
  •   Peminjam dan penjamin-penjamin perlu membuat bayaran balik/ maklum balas dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan.

3. Notis Peringatan 3 Bulan Tunggakan

  •   Notis Peringatan 3 Bulan Tunggakan akan dikeluarkan kepada peminjam dan penjamin-penjamin yang mempunyai tunggakan bayaran balik sebanyak 3 bulan ansuran.
  • Peminjam dan penjamin-penjamin perlu membuat bayaran balik/ maklum balas dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan.

4. Notis Peringatan Tindakan Undang-undang Akhir

  •   Notis Peringatan Tindakan Undang-undang Akhir dikeluarkan kepada peminjam dan penjamin yang mempunyai tunggakan melebihi enam (6) bulan ansuran dan tidak pernah membuat bayaran balik.
  •   Peminjam dan penjamin-penjamin perlu membuat bayaran balik/ maklum balas dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan.
  •   Notis Peringatan Tindakan Undang-undang Akhir yang dihantar kepada peminjam dan penjamin-penjamin tetapi dikembalikan oleh pihak Pos Malaysia Berhad/ Return To Sender (RTS) akan dikenakan tindakan Surat Tuntutan /Letter Of Demand (LOD).

5. Surat Tuntutan/ Letter Of Demand (LOD)/ Saman

  •   Peminjam yang telah menerima Notis Peringatan Tindakan Undang-undang Akhir tetapi tidak bayaran balik/ maklum balas dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarkan boleh dikenakan tindakan Surat Tuntutan;

** Nota : tindakan saman/ membawa peminjam dan penjamin ke mahkamah merupakan langkah terakhir yang perlu diambil oleh PTPK ke atas peminjam yang dikategorikan sebagai peminjam tegar.

Dikemaskini pada Rabu, 07 Oktober 2015 09:19