i. Bayaran balik pinjaman latihan kemahiran bagi Program Pinjaman Lepasan Sekolah adalah bermula enam (6) bulan selepas menamatkan program latihan tersebut atau enam (6) bulan selepas bayaran dikeluarkan mengikut mana yang terkemudian.

ii. Penetapan tempoh bayaran balik pinjaman latihan kemahiran adalah mengikut jumlah pinjaman latihan kemahiran yang diluluskan. Tempoh jadual bayaran balik Program Pinjaman Lepasan Sekolah adalah seperti di Jadual 1.

Jadual 1 : Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Latihan Kemahiran Program Pinjaman Lepasan Sekolah
Bil Jumlah Pinjaman Yang Diluluskan Tempoh Bayaran Balik
1 RM 1,000 12 Bulan
2 RM 2,500 30 Bulan
3 RM 3,000 36 Bulan
4 RM 5,500 66 Bulan
5 RM 7,000 84 Bulan
6 RM 8,500 102 Bulan
7 RM 10,000 ke atas 120 Bulan

iii. Program Pinjaman Latihan Kemahiran Lepasan Sekolah mengenakan caj pentadbiran atas kadar tiga peratus (3%) setahun ke atas baki berkurangan mulai tarikh bayaran balik bermula

iv. Peminjam/ penjamin boleh memulakan bayaran balik pinjaman tanpa perlu menunggu surat/ notis peringatan daripada PTPK.

Dikemaskini pada Rabu, 07 Oktober 2015 09:20