i. Bayaran balik pinjaman latihan kemahiran bagi Program Pinjaman Pekerja adalah bermula pada bulan berikutnya selepas menamatkan latihan.

ii. Penetapan tempoh bayaran balik pinjaman latihan kemahiran adalah mengikut jumlah pinjaman latihan kemahiran yang diluluskan. Tempoh jadual bayaran balik Program Pinjaman Pekerja adalah seperti di Jadual 2.

Jadual 2 : Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Latihan Kemahiran Program Pinjaman Pekerja

Bil Jumlah Pinjaman Yang Diluluskan Tempoh Bayaran Balik
1 RM1,000 6 Bulan
2 RM2,000 12 Bulan
3 RM 4,000 24 Bulan
4 RM 6,500 39 Bulan
5 RM 10,000 ke atas 60 Bulan

iii. Program Pinjaman Latihan Kemahiran Lepasan Sekolah mengenakan caj pentadbiran atas kadar satu peratus (1%) setahun ke atas baki berkurangan mulai tarikh bayaran balik bermula.

iv. Peminjam/ penjamin boleh memulakan bayaran balik pinjaman tanpa perlu menunggu surat/ notis peringatan daripada PTPK.

Dikemaskini pada Rabu, 07 Oktober 2015 09:20