PL perlu memaklumkan kepada PTPK dengan mengemukakan dokumen berkaitan yang telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Setelah tamat tempoh pendaftaran, PL akan dibekukan daripada segala pembiayaan PTPK sehingga pembaharuan diluluskan Sekiranya pembaharuan tidak dilakukan dalam tempoh 12 bulan (setahun) daripada tarikh tamat, pihak PL perlu membuat permohonan semula sebagai PL baru dengan PTPK.
Setelah PL diluluskan pembaharuan pendaftaran, pihak PL perlu membuat pembayaran sebanyak RM 300.00 bagi tempoh kelulusan penuh atau bersyarat selama 3 tahun
PL perlu mengemukakan permohonan pendaftaran PL ke Cawangan Pendaftaran dan Penentusahan.

PL perlu memenuhi syarat-syarat berikut :

1. PL telah berdaftar dan mendapat pentauliahan selama setahun daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan telah mengeluarkan pelajar latihan kemahiran.

* Bagi Program Pinjaman Pekerja, PL telah berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) / Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Malaysian Qualification Agency (MQA) / Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) atau kelulusan khas daripada Unit Perancang Ekonomi & Jabatan Perdanan Menteri. Pemilik PL telah diperbadankan sebagai Syarikat Sendirian Berhad atau Berhad;

2. Bidang latihan atau pendidikan adalah objektif perniagaan yang utama dinyatakan di dalamMemorandum Articles of Association (MAA);

3.Modal dibenarkan minimum RM 300,000.00

4. Modal berbayar

  • RM 100,000.00 untuk 1 – 3 program
  • RM 150,000.00 untuk 4 – 8 program
  • RM 200,000.00 untuk 8 program ke atas

5. Tambahan modal berbayar bagi setiap cawangan (jika ada)

  • RM 50,000.00 untuk 1 – 3 program
  • RM 100,000.00 untuk 4 – 8 program
  • RM 200, 000.00 untuk 8 program ke atas

6. Mempunyai tenaga pengajar untuk mengajar program yang dipohon

Jika diluluskan, PL perlu membayar yuran pendaftaran sebagai PL baru sebanyak RM 500.00 bagi kelulusan penuh atau bersyarat selama 3 tahun
Ya, Permohonan pendaftaran Penyedia Latihan boleh dibuat pada bila-bila masa, tetapi tertakluk kepada Dasar Sedia Ada PTPK untuk kelulusan pendaftaran.