PL boleh mengemukakan kertas cadangan untuk program baru yang belum dibiaya oleh PTPK beserta perincian kadar yuran untuk program tersebut samada melalui emel/ faks kepada PTPK untuk dikaji. Keputusan perbincangan tersebut akan dikemukakan ke PTPK untuk dikaji semula berdasarkan kepada dasar pembiayaan dan keperluan pasaran/ industri semasa.
PL boleh mengemukakan kertas cadangan untuk kenaikan kadar yuran beserta perincian kadar yuran untuk program tersebut samada melalui emel/ faks kepada PTPK dengan menggunakan format yang telah ditetapkan. Permohonan tersebut akan disemak dan dikaji diperingkat Jawatan Kuasa di PTPK berdasarkan kepada dasar pembiayaan dan keperluan pasaran/ industri semasa. Keputusan perbincangan tersebut akan dimaklumkan dan dikemaskini di Laman sesawang PTPK untuk rujukan.
Sekiranya PL ingin menggunakan kadar yuran terkini, PL perlu mengemukakan permohonan pengemaskinian kadar yuran mengikut siling PTPK.
Penyedia Latihan / Peminjam boleh membuat semakan di laman sesawang PTPK iaitu www.ptpk.gov.my. Paparan adalah melibatkan Program yang dibiayai dan didaftarkan oleh  PTPK SAHAJA;