1. Menandatangani Akuan Penerimaan Pinjaman Latihan Kemahiran (Pelatih)
2. Mematuhi Peraturan mengisi dokumen perjanjian berdasarkan 'Buku Panduan mengisi Surat Perjanjian'
3. Menghantar Surat Perjanjian dalam tempoh 30 hari dari tarikh Surat Tawaran dikeluarkan
4. Mematikan/ meremitkan setem RM 10 atau dimatikan / diremitkan setem oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri atau lain-lain Jabatan yang diiktiraf
5. Menurunkan tandatangan pada Surat Perjanjian Pinjaman Latihan (Pelatih dan Penjamin)
6. Menggunakan alamat tetap atau alamat yang boleh dihubungi sepanjang tempoh pinjaman sehingga selesai bayaran balik pinjaman.
7. Mengisi Surat Perjanjian menggunakan pen dakwat hitam dan menggunakan huruf besar
8. Menyediakan dokumen sokongan
  a. Sesalinan kad pengenalan pelatih dan penjamin-penjamin
  b. Sesalinan muka surat CIMB / RHB yang tercatat nombor akaun peminjam
  c. Sesalinan penyata gaji terkini atau borang akuan pendapatan (sekiranya bekerja sendiri)
  d. Sesalinan borang maklumat Peminjam dan Penjamin
  e. Sesalinan borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin Pertama.
Surat Perjanjian Pinjaman hendaklah dikemukakan dalan tempoh 30 hari dari tarikh surat tawaran pinjaman dikeluarkan