1. Surat Perjanjian yang dikemukakan didapati kotor, koyak dan tidak boleh diterima oleh Mahkamah.
2. Mengemukakan penjamin yang tidak layak.
3. Tandatangan pelajar atau penjamin-penjamin berbeza/tidak konsisten.
4. Mengemukakan alamat pelajar dan penjamin-penjamin yang tidak lengkap.
5. Mengemukakan salinan Kad Pengenalan pelajar dan penjamin yang tidak jelas.
6. Mengemukakan pengesah dan saksi yang tidak layak.
7. Menghantar borang dan dokumen sokongan pinjaman melebihi tempoh yang ditetapkan (60 hari dari tarikh permohonan atas talian diluluskan)

Pegawai-pegawai berikut adalah pegawai yang layak menjadi saksi dan boleh mengesahkan dokumen-dokumen sokongan bagi peminjam.

1. Semua saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia; dan
2. Hendaklah benar-benar menyaksikan tandatangan peminjam dan penjamin; dan
3. Hendaklah terdiri daripada semua pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan dan Professional (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan A) di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Negeri / Pejabat Daerah / IPTA / Sekolah dan lain-lain; atau
4. Pegawai Polis dan Tentera dari Gred jawatan Y 16 dan ke atas (bermula pangkat Penolong Penguasa Polis) dan Z 19 dan ke atas (bermula pangkat Kapten) atau yang setara dengan gred jawatan ini di dalam lain-lain pasukan beruniform; atau
5. Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) / Senator atau Jaksa Pendamai; atau
6. Penggawa / Penghulu / Ketua Masyarakat / Sidang / Pegawai Pembangunan Mukim / Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung; atau
7. Bagi negeri Sabah - Ketua Kaum, Ketua Anak Negeri, Pegawai Taman Sabah; atau
8. Bagi negeri Sarawak - Temenggong, Pemanca, Penghulu, Ketua Kaum, Kapitan & Ketua Rumah Panjang; atau
9. Majikan atau mana-mana orang atau pegawai yang diluluskan oleh PTPK.
1. Warganegara Malaysia.
2. Berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM700 sebulan, berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan.
3. Tidak diisyttiharkan muflis.
4. Tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang Peminjam PTPK sepanjang tempoh pinjaman peminjam, kecuali ibu bapa.
Peminjam perlu mengemukakan seorang penjamin untuk memohon PLK di bawah program ini.
Pemohon perlu menghantar sebanyak tiga (3) Surat Perjanjian ASAL yang telah lengkap diisi dan ditandatangani kepada PTPK;
Surat Perjanjian Pinjaman beserta dokumen sokongan yang lain hendaklah dikemukakan dalan tempoh 30 hari dari tarikh permohonan atas talian diluluskan.