Apabila sesebuah Penyedia Latihan telah disabitkan kesalahan dan dikenakan tindakan penguatkuasaan, antara tindakan yang boleh dikenakan adalah mengenakan kompaun mengikut kategori kesalahan, penggantungan atau pembatalan pendaftaran sebagai Penyedia Latihan dan pendakwaan ke Mahkamah mengikut tahap kesalahan seperti yang termaktub di dalam Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640).
Mengikut Bahagian XI, Kesalahan dan Penalti, Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640) menyatakan bahawa setelah kesalahan yang dilakukan dapat dibuktikan, maka saman atau kompaunakan dikenakan ke atas Penyedia Latihan (PL), agensi atau individu berkenaan dan peminjam Pinjaman Latihan Kemahiran (PLK) PTPK mengikut seperti yang termaktub di dalam Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640).
Mengikut Seksyen 68, Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640) menyatakan bahawa pemeriksaan boleh dilakukan dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, adalah dipohon supaya anda memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan proses siasatan berjalan dengan lancar.
1. Tindakan Notis Peringatan Tindakan Undang-Undang Akhir
2. Tindakan 'Letter of Demand' (LOD)
3. Tindakan Saman Mahkamah
4. Menyiarkan nama peminjam dan penjamin dalam akhbar
5. Menyenaraikan nama peminjam dan penjamin ke dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Bank Negara Malaysia
Tuan/puan perlu membuat bayaran balik pinjaman seperti yang telah dipersetujui  di dalam Perjanjian yang tuan/puan tandatangani dan membuat aduan kepada PTPK berkenaan penutupan pusat bertauliah untuk tindakan lanjut pihak kami.

Pengeluaran SKM adalah di luar bidang kuasa PTPK dan tuan/puan perlu merujuk kepada:

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Aras 7 & 8, Blok D4, Parcel D,
62530 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Putrajaya
No. Tel. : 03-88865000.

Tuan/puan perlu membuat bayaran balik pinjaman kerana tuan/puan dan penjamin-penjamin telah menandatangani Perjanjian Pinjaman Latihan Kemahiran dan pinjaman telah dikeluarkan.

Perubahan pada caj pentadbiran 4% setahun kepada 3% setahun yang telah berkuatkuasa bagi pinjaman yang diluluskan selepas Januari 2004 menyebabkan bayaran balik ansuran bulanan berubah seperti berikut:


JUMLAH PINJAMAN (RM)

ANSURAN BULANAN SEBELUM JAN 2004 (RM)CAJ PENTADBIRAN 4%

ANSURAN BULANAN SELEPAS JAN 2004 (RM)CAJ PENTADBIRAN 3%

TEMPOH (BULAN)

1,000

85.15

84.69

12

2,500

87.71

86.6

30

3,000

88.57

87.24

36

5,000

92.08

89.84

60

10,000

101.24

96.56

120

15,000

110.95

144.54

120

20,000

147.94

193.12

120

Jika tuan/puan membuat pembatalan baki pinjaman, bayaran balik pinjaman tuan/puan akan dijadualkan semula mengikut jumlah pinjaman yang dibayar sahaja dan tarikh bayaran balik pinjaman bermula enam (6) bulan selepas bayaran terakhir dikreditkan ke dalam akaun pinjaman tuan/puan.

Pihak waris/penjamin perlu kemukakan Borang Pemakluman Kematian/ Keilatan/ Sakit Mental yang boleh dimuat turun di laman web PTPK beserta dokumen-dokumen yang diperlukan.

Sekiranya peminjam mempunyai baki pinjaman, waris/penjamin adalah bertanggungjawab menjelaskan jumlah baki pinjaman tersebut.

Tuan / Puan tidak boleh menangguhkan bayaran balik akaun kedua untuk menyelesaikan akaun pertama. Bayaran perlu dibuat mengikut jadual bayaran balik yang telah disediakan bagi kedua-dua akaun tersebut.
Dukacita dimaklumkan bahawa PTPK tidak meluluskan permohonan tuan/puan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman bagi alasan tidak bekerja. Tuan/puan dinasihatkan supaya membayar secepat mungkin untuk mengelakkan dari dikenakan tindakan undang-undang ke atas peminjam dan penjamin-penjamin sekiranya bayaran pinjaman tidak dijelaskan.Tuan/puan dinasihatkan meminta bantuan ibu bapa/ penjamin untuk menyelesaikan pinjaman. Tuan/puan juga boleh mengemukakan permohonan penjodohan pekerjaan daripada PTPK.

PTPK boleh menimbangkan bayaran tunggakan secara ansuran sekurang-kurangnya RM500.00 atau bayaran 6 bulan ansuran pada bulan pertama dan bayaran minimum mengikut jadual pada bulan berikutnya.

Tuan/Puan adalah diminta untuk mengemukakan Borang Permohonan Rayuan bayaran ansuran kepada PTPK untuk pertimbangan. Borang permohonan Rayuan boleh dimuat turun di laman web PTPK.  Walau bagaimanapun, kelulusan PTPK tertakluk kepada tempoh tamat bayaran balik pinjaman.

Resit akan dikeluarkan secara rasmi oleh PTPK kepada peminjam yang membayar balik pinjaman melalui kanter di pejabat PTPK, pembukaan kaunter PTPK di luar premis dan Pos (kiriman wang/ wang pos/ bank draf/ ‘Banker’s Cheque’)

PTPK tidak akan mengeluarkan resit bagi pembayran melalui kaunter BSN, Pos Malaysia Berhad dan perbankan Internet. Salinan resit pembayaran (BSN, Pos Malaysia Berhad) atau resit cetakan berkomputer perbankan internet adalah resit asal bayaran.

Peminjam boleh memohon pengesahan bayaran dengan cara memohon penyata pinjaman daripada PTPK.

Permohonan bayaran balik melalui potongan gaji boleh dibuat oleh peminjam dengan cara mengemukakan Borang Permohonan Potongan Gaji kepada PTPK. Borang Permohonan Potongan Gaji boleh dimuat turun di laman web PTPK.

Borang yang lengkap diisi berserta dengan KELULUSAN MAJIKAN perlu dihantar ke alamat berikut:

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 15-19 dan 27, Menara Dato’ Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
No. 45 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
(u/p: Bahagian Bayaran Balik & Penguatkuasaan)

Permohonan akan diproses dan dipanjangkan kepada pihak majikan untuk tindakan potongan gaji. Pemantauan setiap bulan akan dilakukan dan kegagalan potongan gaji dilakukan selama tiga (3) bulan berturutan akan membatalkan permohonan potongan gaji.
Boleh. Permohonan bayaran balik melalui potongan gaji boleh dibuat oleh peminjam dengan cara mengemukakan Borang Permohonan Potongan Gaji kepada PTPK. Borang Permohonan Potongan Gaji boleh dimuat turun di laman web PTPK.

Borang yang lengkap diisi berserta dengan KELULUSAN MAJIKAN perlu dihantar ke alamat berikut:

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 15-19 dan 27, Menara Dato’ Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
No. 45 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
(u/p: Bahagian Bayaran Balik & Penguatkuasaan)

Permohonan akan diproses dan dipanjangkan kepada pihak majikan untuk tindakan potongan gaji. Pemantauan setiap bulan akan dilakukan dan kegagalan potongan gaji dilakukan selama tiga (3) bulan berturutan akan membatalkan permohonan potongan gaji.
Permohonan bayaran balik melalui potongan gaji boleh dibuat oleh peminjam dengan cara mengemukakan Borang Permohonan Potongan Gaji kepada PTPK. Borang Permohonan Potongan Gaji boleh dimuat turun di laman web PTPK.

Borang yang lengkap diisi berserta dengan KELULUSAN MAJIKAN perlu dihantar ke alamat berikut:

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 15-19 dan 27, Menara Dato’ Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
No. 45 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

(u/p: Bahagian Bayaran Balik & Penguatkuasaan)

Permohonan akan diproses dan dipanjangkan kepada pihak majikan untuk tindakan potongan gaji. Pemantauan setiap bulan akan dilakukan dan kegagalan potongan gaji dilakukan selama tiga (3) bulan berturutan akan membatalkan permohonan potongan gaji.
Kaedah bayaran balik pinjaman latihan kemahiran adalah seperti berikut:-

SALURAN

AGENSI / EJEN

CAJ PERKHIDMATAN

Kaunter Pejabat PTPK Tiada
  Bank Simpanan Nasional RM 1.00
  Pos Malaysia Berhad RM 1.70
  Bak Rakyat RM 0.50
     
Perbankan Internet (Online) CIMB Bank Berhad  
  CIMB Bazaar  
  Public Bank Berhad  
  Hong Leong Bank  
  RHB Bank  
  Maybank  
  Pos Online  
  Bank Rakyat  
  Bank Islam  
  My Government  
     
Automatic Teller Machine (ATM) Bank Islam (Pemegang Akaun Sahaja)  
Bayaran Secara Arahan Tetap
(Standing Instruction)
Pemegang Akaun BSN sahaja  

 

MAKLUMAN (Bagi Pembayaran melalui Pos/ Mel)

Bayaran melalui KIRIMAN WANG/ WANG POS/ DRAF BANK/ BANKER'S CHEQUE' dibayar atas Nama "Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran" dan hantarkan ke alamat berikut:


Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 15-19 dan 27, Menara Dato' Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
No. 45 Jalan Tun Ismail
50480 KUALA LUMPUR
(u.p: Unit Terimaan)

Penting:
Sila catatkan nama peminjam, nombor kad pengenalan peminjam, nombor rujukan pinjaman dan nombor telefon peminjam yang boleh dihubungi di belakang KIRIMAN WANG/ WANG POS/ DRAF BANK/ BANKER'S CHEQUE'.