Tidak layak kerana pemberian diskaun 10% ini bermula pada Mac 2013 dan tidak cukup dua belas (12) bulan berturut- turut.
Layak, sekiranya amaun bayaran balik daripada KWSP sama atau melebihi ansuran bayaran balik bagi tempoh dua belas (12) bulan.
Tidak Layak. Bayaran balik mesti dilakukan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan. Pemberian diskaun 10%hanya diberikan untuk ansuran berturut-turut selama dua belas (12) bulan atau dua belas (12) bulan ke hadapan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.
Layak bagi kedua-dua pinjaman jika bayaran dibuat berdasarkan jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.
Pemberian diskaun 10% dikira daripada jumlah bayaran ansuran bulanan mengikut jadual bayaran balik atau lebih dalam tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
Ya, tertakluk kepada ansuran bayaran balik mengikut jadual bayaran balik selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
Tidak perlu kerana pemberian diskaun 10% akan dikira selepas dua belas (12) kali bayaran balik ansuran mengikut jadual bayaran balik dilakukan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
Tidak layak, kerana pemberian diskaun ini diberikan mulai 1 Mac 2013 dan ke hadapan.
Pemberian  diskaun  10%  akan  diberikan  tanpa  had  (masih  dalam  jadual  bayaran  balik  sebenar),  tertakluk  kepada peminjam membuat bayaran balik untuk setiap tempoh dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
Layak sekiranya ansuran bayaran balik berasaskan jadual bayaran balik selepas penghakiman dan peminjam juga digalakkan untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman.
Pemberian diskaun 10% akan diberikan selepas peminjam menyelesaikan tempoh bayaran balik dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
Pemberian diskaun 10% diberikan dalam bentuk pelarasan akaun.
Layak, sekiranya potongan gaji dibuat berdasarkan ansuran jadual bayaran balik yang ditetapkan. Diskaun hanya diberi bagi amaun potongan gaji bermula 1 Mac 2013.
Tidak layak. Pemberian diskaun 10% hanya diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran ansuran berdasarkan kepada jadual bayaran balik yang ditetapkan.

Peminjam layak diberikan diskaun 10% mulai pembayaran 1 Mac 2013. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Mac 2013 tidak diambil kira bagi pemberian diskaun ini. Pemberian diskaun 10% adalah berdasarkan kepada jumlah bayaran balik yang dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan.

Contoh pengiraan :

Jumlah bayaran balik mengikut Jadual bayaran balik (12 bulan) : RM2,100

Jumlah bayaran balik yang diterima (12 bulan) : RM3,000

Pemberian diskaun yang diberikan : RM 300 (10% x RM3,000)

Peminjam layak diberikan diskaun 10% ini mulai pembayaran Mac 2013. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Mac 2013 tidak diambilkira bagi pemberian diskaun ini. Pengiraan dua belas (12) bulan adalah mulai 1 Mac 2013.
Peminjam yang membuat ansuran bayaran balik pinjaman mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan mulai 1 Mac 2013.