Jumlah pinjaman akan dilindungi daripada taikh mula latihan dimulakan sehingga tamat tempoh bayaran balik pinjaman. Sebagai contoh :
Tempoh Pengajian                              :   3 tahun
Tempoh carian pekerjaan                     :    6 bulan
Tempoh bayar  balik pinjaman             :   10 tahun
Tempoh keseluruhan perlindungan       : 13.5 tahun =14 tahun (tempoh perlindungan secara tahunan walaupun tidak mencukupi 12 bulan)
Merujuk kepada polisi insuran sedia ada, pembayaran pampasan insuran hanya akan dibayar bagi kes kematian atau kecacatan kekal sahaja. Bagi kes kemalangan yang tidak melibatkan kedua – dua kemalangan tersebut adalah tidak dilindungi. Peminjam perlu membayar tunggakan pinjaman sendiri kepada Perbadanan. Jumlah tuntutan yang akan dibayar oleh syarikat insuran adalah bergantung kepada jumlah sumbangan premium semasa kemalangan berlaku. Sebagai contoh kematian berlaku pada tahun pertama , pihak insuran akan membayar keseluruhan tunggakan hutang pinjaman tersebut tetapi sekiranya berlaku kemalangan tersebut pada tahun kedua atau keatas, jumlah pampasan yang diterima akan berkurangan setiap tahun.
Peminjam, ibu bapa, penjaga atau waris peminjam boleh membuat laporan terus kepada Bahagian Bayaran Balik, PTPK dengan mengemukakan dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan pampasan insuran kepada syarikat insuran.
Jumlah lebihan pampasan selepas ditolak hutang pinjaman akan di bayar kepada waris peminjam/peminjam mengikut kes kemalangan berdasarkan kaedah dan keutamaan di bawah :
a Kes Kematian Peminjam
  Penerima lebihan pampasan insuran akan dibayar kepada seperti dibawah:-
  i. Berkahwin – Isteri,anak,ibu bapa atau waris yang layak
  ii Bujang – ibu bapa , penjaga atau waris yang layak
   
b. Kes Kecacatan Kekal
  Jumlah lebihan pampasan akan dibayar kepada peminjam. Sekiranya peminjam yang didapati kecacatan kekal yang tidak membolehkan beliau untuk berurusan bagi mendapatkan lebihan tersebut, keutamaan bagi mendapat pembayaran tersebut akan dibayar seperti dibawah:-
  i. Berkahwin – Isteri,anak,ibu bapa atau waris yang layak
  ii Bujang – ibu bapa , penjaga atau waris yang layak
Ya, kadar insuran yang dikenakan termasuk di dalam jumlah pinjaman yang diluluskan
Setiap jumlah pinjaman yang diluluskan akan diinsuranskan berdasarkan umur peminjam, jumlah pinjaman yang diluluskan dan tempoh bayaran balik pinjaman. Perlindungan insurans ini dibuat bagi melindungi jumlah pokok pinjaman yang akan dibayar oleh syarikat insurans yang dilantik Perbadanan sekiranya berlaku kematian ataupun kecacatan kekal yang dibenarkan ke atas mana-mana peminjam.