Progam Peningkatan Kapasiti Dan Kapabiliti Kumpulan Khusus (PPKK)

PROGAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKK)

 

PENGENALAN

Di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), pendekatan pembangunan secara inklusif diteruskan bagi meningkatkan kapasiti dan kapabiliti serta memastikan peluang penyertaan yang saksama kepada kumpulan isi rumah yang berpendapatan rendah serta kumpulan-kumpulan lain selaras dengan dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.  Dalam RMKe-11, tumpuan diberikan kepada usaha untuk meningkatkan tahap pendapatan dan kualiti hidup isi rumah berpendapatan rendah melalui pelbagai program ekonomi, pendidikan dan latihan, program keusahawanan dan sebagainya.

 

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan Sasar Kumpulan sasar bagi program ini adalah terdiri daripada isi rumah berpendapatan rendah (pendapatan isi rumah kurang daripada separuh pendapatan penengah berasaskan HIES 2014 iaitu kurang daripada RM2,848). Kriteria kumpulan sasar yang layak adalah seperti berikut:

  1. Masyarakat Orang Asli terutamanya kawasan pedalaman;
  2. Kumpulan Minoriti/ pribumi/ bumiputera Sabah & Sarawak yang masih ketinggalan daripada segi pembangunan sosioekonomi;
  3. Belia yang berisiko tinggi (cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat, anti sosial atau kegiatan haram dan tercicir daripada sistem pendidikan nasional;
  4. Anak yatim, golongan gelandangan dan anak-anak yang diabaikan atau hilang tempat bergantung; dan
  5. Ibu tunggal yang menghadapi kesempitan hidup, mempunyai anak/ tanggungan yang ramai (breadwinner) termasuk tanggungan warga emas; 
    1. Ibu tunggal sama ada ditinggalkan/ kematian suami serta wanita yang mengalami penderaan yang mempunyai tanggungjawab membesarkan anak-anak; dan
    2. Anak atau ahli isi rumah yang diketuai oleh warga emas atau ibu tunggal yang tersisih   daripada mendapat peluang pendidikan dan latihan kemahiran yang bersesuaian.

 

 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur di antara 15 hingga 55 tahun pada tahun latihan dilaksanakan.
  3. Mengikuti program latihan kemahiran secara sepenuh masa yang diluluskan oleh Perbadanan.
  4. Mengikuti latihan di Penyedia Latihan/ Syarikat yang diluluskan oleh Perbadanan.
  5. Berasal dari keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM 2,848.00 sebulan.
  6. Mengemukakan dokumen dari Jabatan / Agensi yang terlibat yang mengesahkan pemohon adalah layak menerima pembiayaan latihan kemahiran (jika berkaitan).

*Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

 

Last modified on Wednesday, 21 August 2019 15:26