Golongan Pekerja Dan Future Workers (GPFW - Lepasan Siswazah)

PENGENALAN

Program Pembiayaan Kepada Golongan Pekerja Dan Future Workers (Lepasan Siswazah) iaitu pembiayaan latihan kemahiran kepada golongan lepasan Siswazah (diploma/ijazah) secara PERCUMA. Program ini memberi peluang kepada graduan diploma dan ijazah untuk meningkatkan peluang pekerjaan khususnya mereka yang masih menganggur /tiada pekerjaan tetap atau ingin meningkatkan kemahiran diri.

SYARAT – SYARAT PEMOHON GPFW (Lepasan Siswazah)

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 21 hingga 45 tahun pada tarikh kelulusan pinjaman;
  3. Lepasan siswazah (diploma/ ijazah);
  4. Bukan seorang yang diisytiharkan muflis;
  5. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM10,000 sebulan;
  6. Sihat tubuh badan dan berkategori Orang Kelainan Upaya (OKU) yang bersesuaian
  7. Tidak mendapat mana-mana pembiayaan atau tajaan daripada agensi Kerajaan atau institusi kewangan yang lain dalam tempoh latihan yang diikuti;
  8. Bukan terdiri daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian;

 *Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

  1. Mengikuti latihan di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (PPKN) yang berdaftar dengan PTPK;
  2. Pemohon sedang mengikuti kursus
      • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM); atau
      • Program yang diiktiraf oleh MQA; atau
      • Program yang diiktiraf oleh UPE, JPM; atau
      • Agensi-agensi yang berkaitan.
      • Mengemukakan seorang penjamin;
  3. Mengemukakan permohonan mengikuti bidang / kursus yang diluluskan melalui penyedia latihan (PL) yang berdaftar  dengan PTPK;
  4. Pemohon telah menyelesaikan tunggakan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran atau lain-lain hutang dengan PTPK
  5. Pengajian sepenuh masa
  6. Bantuan kewangan layak diberikan kepada pelatih sekali sahaja bagi setiap program

*Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

 

 

SENARAI PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN NEGERI

Anda boleh mengikuti latihan kemahiran tersebut di dua belas (12) Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (PPKN) yang terlibat seperti berikut:-

12 PPKN

 

Last modified on Thursday, 12 September 2019 15:20