Golongan Pekerja Dan Future Workers (GPFW - Lepasan Sekolah)

PENGENALAN

Program Pembiayaan Kepada Golongan Pekerja Dan Future Workers (Lepasan Sekolah) adalah pembiayaan latihan kemahiran kepada golongan lepasan sekolah secara PERCUMA. Program ini  bertujuan melengkapkan diri peserta dengan pelbagai kemahiran (Multi-Skilling) agar dapat memenuhi permintaan terhadap keperluan tenaga kerja mahir dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di negara ini.

 

SYARAT – SYARAT PEMOHON GPFW (Lepasan Sekolah)

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 15 hingga 45 tahun pada tarikh kelulusan pinjaman;
  3. Lepasan sekolah (school leaver) minima :
    • NOSS Lama - Tahap 1 & 2 / Tahap 2 & 3 (Bagi Program yang tiada Tahap 1)
    • NOSS Baru – Tahap 2 sahaja (Bagi Program yang tiada Tahap 1), Tahap 3 (Bagi Program yang bermula Tahap 3 sahaja)
  4. Bukan seorang yang diisytiharkan muflis;
  5. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM4,000 sebulan;
  6. Sihat tubuh badan dan berkategori Orang Kelainan Upaya (OKU) yang  bersesuaian
  7. Tidak mendapat mana-mana pembiayaan atau tajaan daripada agensi    Kerajaan atau institusi kewangan yang lain dalam tempoh latihan yang diikuti;
  8. Bukan terdiri daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang     mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian;

*Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

  1. Mengikuti latihan di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (PPKN) yang berdaftar dengan PTPK;
  2. Pemohon sedang mengikuti kursus
    • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM); atau
    • Program yang diiktiraf oleh MQA; atau
    • Program yang diiktiraf oleh UPE, JPM; atau
    • Agensi-agensi yang berkaitan.
  3. Mengemukakan seorang penjamin;
  4. Mengemukakan permohonan mengikuti bidang / kursus yang diluluskan melalui penyedia latihan (PL) yang berdaftar dengan PTPK;
  5. Pemohon telah menyelesaikan tunggakan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran atau lain-lain hutang dengan PTPK
  6. Pengajian sepenuh masa
  7. Bantuan kewangan layak diberikan kepada pelatih sekali sahaja bagi setiap program


*Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

 

PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN

Anda boleh mengikuti latihan kemahiran tersebut di dua belas (12) Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (PPKN) yang terlibat seperti berikut:-

12 PPKN

Last modified on Thursday, 12 September 2019 15:20