Malaysian Meister Programme (MMP)

PEMBIAYAAN MALAYSIA MEISTER PROGRAMME (MMP)

PENGENALAN

Malaysian Meister Programme (MMP) merupakan program pembiayaan untuk peningkatan tahap kemahiran yang diberikan kepada pekerja tempatan samada pekerja awam atau swasta sebagai persediaan menjadi pakar industri  dalam bidang pekerjaan yang diceburi.  Melalui MPP, PTPK menerima peruntukan pembiayaan sebanyak RM 10 juta untuk disalurkan kepada tiga belas (13) PPKN di seluruh Malaysia yang telah diluluskan untuk melaksanakan program ini.

 

SYARAT-SYARAT PEMOHON

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 hingga 35 tahun;
  3. Calon memiliki :
    1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang Industri Automasi, Mekatronik, Mekanikal, Elektronik, Elektrik atau yang setaraf ; atau
    2. Diploma dalam bidang Industri Automasi, Mekatronik, Mekanikal, Elektronik, Elektrik atau yang setaraf.
  4. Lulus ujian pemilihan Meister dan temu duga dengan pihak Syarikat tajaan.
  5. Mengikuti program latihan kemahiran sepenuh masa yang diluluskan oleh Perbadanan.
  6. Mengikuti latihan di Penyedia Latihan yang diluluskan oleh Perbadanan.
  7. Sihat tubuh badan atau berkategori Orang Kelainan Upaya (OKU) yang bersesuaian.
  8. Bukan terdiri daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian.
  9. Tidak mendapat mana-mana pembiayaan atau tajaan daripada agensi Kerajaan atau institusi kewangan yang lain dalam tempoh latihan yang diikuti.
  10. Mengemukakan seorang penjamin (Ibu/ Bapa/ Suami/ Isteri/ Penjaga yang sah) selepas diluluskan pembiayaan latihan kemahiran
  11. Telah menyelesaikan tunggakan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran atau lain–lain hutang dengan PTPK (jika berkaitan);

 

*Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

 

TATACARA PERMOHONAN PEMBIAYAAN MMP

Permohonan Pembiayaan MMP hendaklah dibuat oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (PPKN) atau Penyedia Latihan (PL) secara manual dalam tempoh 45 hari daripada tarikh pelatih memulakan latihan.

 

PROSEDUR PEMBAYARAN YURAN & ELAUN SARA HIDUP (ESH) PEMBIAYAAN MMP

  1. Arahan Bayaran bagi Yuran dan Elaun Sara Hidup (ESH) akan disediakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan borang tuntutan daripada PPKN/PL yang telah lengkap.
  2. Status Pembiayaan pelatih adalah “PERJANJIAN LENGKAP”.
  3. Pembayaran yuran latihan akan dibayar ke akaun PPKN/PL.
  4. Pembayaran ESH akan dibayar terus ke akaun pelatih.

 

Last modified on Thursday, 12 September 2019 14:55