BAYARAN BALIK PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
PANDUAN MENGISI BORANG DEPOSIT/BAYARAN
1. Nama : tuliskan di atas nama Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.
2. No Akaun : tuliskan nombor akaun PTPK iaitu : 14100-29-00024498-3.
3. Simpanan/Bayaran :
tandakan pada jenis pembayaran dan tuliskan jumlah bayaran yang hendak dibayar.
4. Rujukan 1 : tuliskan nombor kad pengenalan peminjam yang digunakan semasa
memohon pinjaman.
5. Rujukan 2 : tuliskan nombor akaun peminjam (rujuk bahagian penjuru kiri bawah di surat
peringatan bayaran balik pinjaman).
6. Rujukan 3 : tuliskan nama, alamat & nombor telefon peminjam/pembayar yang boleh dihubungi.
(Sila muat turun contoh borang bayaran di bahagian muat turun)
Bayaran Balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Peringatan:
1. Peminjam hendaklah membuat bayaran mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan
undang-undang dan penambahan kadar fi pentadbiran.
2. Pastikan semua butiran mengenai peminjam adalah betul dan tepat pada cetakan komputer sebelum anda
meninggalkan kaunter.
Bayaran Balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran hendaklah dibayar 6 bulan
selepas tamat latihan.
1. Kaunter Bayaran:
Tempat Bayaran / Cara Bayaran
i. Kaunter Bayaran PTPK,
Blok I Aras 4,
Pusat Bandar Damansara,
Bukit Damansara,
50530 Kuala Lumpur.
03-2084 0500 samb. 507 / 508
Tunai / Kiriman Wang / Wang Pos / Draf Bank / ‘Banker’s Cheque’.
| Tempat Bayaran | Cara Bayaran |
| i. Kaunter Bayaran PTPK,Blok I Aras 4,Pusat Bandar Damansara,Bukit Damansara,50530 Kuala Lumpur.' 03-2084 0500 samb. 507 / 508 | Tunai / Kiriman Wang / Wang Pos / Draf Bank / ‘Banker’s Cheque’. Waktu urusan: Isnin – Khamis :7.30 pagi – 1.00 petang dan 2.00 petang – 5.30 petang Jumaat :7.30 pagi – 12.00 t/hari dan 2.45 petang – 5.30 petang |
| ii. Ibu Pejabat atau semua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | Tunai - Menggunakan borang Deposit/Bayaran yang terdapat di semua cawangan BSN.- Caj perkhidmatan RM1.00 dibayar kepada BSN. Arahan Tetap (BSN sahaja) - Peminjam perlu mengisi borang Permohonan Arahan Tetap yang boleh didapati di semua cawangan BSN. Melalui mesin ATM BSN - Caj Perkhidmatan RM1.00 dikenakan |
2. Cara Bayaran Melalui Perbankan Internet
Sila klik dibahagian muat turun untuk muat turun cara bayaran melalui CIMB Cliks.
3. Pembayaran Secara Pos
Jika bayaran dibuat melalui pos, sila kemukakan kiriman wang / wang pos / draf bank / ‘Banker’s Cheque’ dibayar di atas nama “Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran” dan dialamatkan kepada: Ketua Eksekutif, Perbadanan Tabung Pembangunan KemahiranKementerian Sumber Manusia
Blok I Aras 3, 4 dan 5
Pusat Bandar Damansara,
Bukit Damansara
50530 Kuala Lumpur.(u.p: Unit Terimaan)
' 03-2084 0500
Penting: sila catatkan nama peminjam, no. kad pengenalan peminjam dan no. akaun peminjam di belakang kiriman wang / wang pos / draf bank / ‘Banker’s Cheque’
4. Cara Bayaran Lain
Bayaran melalui arahan potongan gaji boleh dibuat melalui permohonan bertulis kepada PTPK dengan memberikan nama dan alamat lengkap majikan, no. gaji pekerja serta nombor telefon majikan.