|
PWTC, Kuala Lumpur, 15 Jun 2017 (khamis) – PTPK mengadakan Majlis Khatam Al-Quran & Tazkirah Ramadhan 1438H pada 15 Jun 2017 (Khamis) bertempat di Dewan Terbuka PTPK Aras 19 yang diketuai oleh Ustaz Nursyamsul Bin Abdul Roni (Imam Masjid Negara). Program ini dijalankan bagi menyambut kejayaan para peserta Tadarus Al-Quran yang telah mengimarahkan Bulan Ramadhan dan juga dapat mengeratkan silaturrahim antara satu dengan yang lain serta dapat memupuk nilai yang positif dalam membaca Al-Quran.