|
Kuala Lumpur, 11 Julai 2017 (Selasa) – PTPK telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri PTPK 1438H bertempat di Grand Ballroom Sunway Putra Hotel pada 11 Julai 2017 (Selasa). PTPK telah menjemput YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia dan YB Dato’ Sri Haji Ismail bin Hj. Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia) ke majlis tersebut bagi meraikan juga anak-anak yatim dari Asrama Damai Kuang Selangor sebagai jemputan khas tetamu PTPK.