|
Seremban, 18 Ogos 2017 (Jumaat) – Majlis Pelancaran Kembara Kerjaya Train Ride 2.0 (Zon Selatan) bagi tahun 2017 diadakan di Seremban Prima yang menggabungkan kesemua jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia dalam menjayakan program ini yang melibatkan tiga (3) persinggahan negeri iaitu Negeri Sembilan (Seremban), Melaka (Alor Gajah) dan Johor (Kluang).
Program ini mendapatkan pencapaian yang memuaskan daripada pengunjung yang menghadiri program ini dalam menemukan kerjaya yang bersesuaian demi membina karier yang berjaya pada masa hadapan.