Flat View
By Year
Monthly View
By Month
Weekly View
By Week
Daily View
Today
Search
Search
SUMBANGAN ZAKAT WAKALAH PTPK KEPADA PERTUBUHAN DAN GOLONGAN ASNAF NEGERI PERAK
Saturday, April 10, 2021

210410


TAPAH, 10 April 2021 - Kementerian sumber Manusia(KSM) melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran(PTPK) telah memberikan sumbangan Ramadan kepada 16 buah masjid dan 79 buah surau terpilih di seluruh negeri Perak hari ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif PTPK, Encik Mohd Fathullah Bin Mustafa dengan disaksikan oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia dan Dato' P. Amarendran, Ahli lembaga Pengarah PTPK dan Pengerusi-Pengerusi Masjid dan Surau dibawah Parlimen Tapah bersempena dengan Program Malaysia Prihatin di Kompleks Sukan Tapah, Tapah Road, Perak petang tadi.

Selain daripada menjalankan fungsi utama PTPK iaitu memberi pinjaman latihan kemahiran, PTPK juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan tanggungjawab korporat sosial dan salah satunya ialah aktiviti pengagihan Zakat Wakalah yang dimulakan sejak tahun 2018.

Ini juga sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat PTPK berlandaskan kepada amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh MAIWP kepada PTPK.

Diharap dengan agihan semula Zakat yang ini, semua para Pentadbir Masjid dan Surau di dalam Parlimen Tapah dapat merencana program dengan baik iaitu mengimarahkan lagi Masjid dan Surau sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi dengan pelbagai aktiviti dan program kepada penduduk/ kariah masing-masing.



06 Mei 2021
Editor: NOR ABIKA BINTI BAHUDIN
 

Back