Penyedia Latihan : Pemakluman Syarat 2 Penjamin PLK RM24k

Pengumuman kepada Penyedia Latihan :

Pemakluman pelaksanaan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah PTPK Bil.2/2015 yang bersidang pada 20hb Oktober 2015 berkenaan kelulusan Garis Panduan Pengurusan Pinjaman dan Pembiayaian Latihan Kemahiran telah bersetuju bahawa Jumlah pinjaman yang melebihi daripada RM24,000.00 hendaklah mengemukakan dua (2) orang penjamin yang terdiri daripada seorang ibu/bapa/penjaga dan seorang yang bukan ibu/bapa/penjaga. Manakala jumlah pinjaman yang kurang daripada RM24,000.00 adalah memadai dengan satu (1) orang menjamin yang terdiri daripada ibu/bapa/penjaga.

Selain itu kaedah penghantaran dokumen perjanjian bagi penggunaan 2 orang penjamin perlu mengemukakan sebanyak empat (4) salinan Perjanjian Latihan Kemahiran untuk proses semakan berkuatkuasa mulai 1 Mei 2016.

Klik di sini untuk Lampiran
Last modified on Tuesday, 25 September 2018 13:03