PROGRAM PEMBIAYAAN DANA WIBAWA
PENGENALAN & OBJEKTIF
Program Pembiayaan Kompetitif (Contestable Funding Programme) dilaksanakan bertujuan untuk mengalakkan ILKA dan PPKN bersaing dalam menawarkan program latihan kemahiran yang kompetitif pada kos yang berpatutan dengan jaminan pekerjaan kepada para pelatih.
Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, pelaksanaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah berasaskan keperluan permintaan industri akan dapat membantu Malaysia menuju ke arah negara berpendapatan tinggi. Program Pembiayaan Kompetitif dan Geran Padanan merupakan salah satu program bagi menyokong agenda TVET sebagai pemacu perubahan
KUMPULAN SASARAN
Pelajar lepasan sekolah, sijil kemahiran, diploma dan ijazah yang belum mendapat pekerjaan.
SYARAT – SYARAT PEMOHON
*SUMBER :
Garis Panduan Pelaksanaan Skim Pembiayaan Kompetitif Dan Geran Padanan Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKE-11)
Buku Panduan Program Pembiayaan Kompetitif (Contestable Funding Programme))Bil. 1/2017
PROGRAM PEMBIAYAAN DANA WIBAWA
PENGENALAN & OBJEKTIF
Dana ini disediakan bagi membantu pelatih mengurangkan jurang kemahiran yang diperlukan oleh Industri;
Dana ini disediakan bagi membantu pelatih mengurangkan jurang kemahiran yang diperlukan oleh Industri;
Keutamaan peruntukan ini diberi kepada :
SYARAT – SYARAT PEMOHON DANA WIBAWA
*Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
TATACARA PERMOHONAN PEMBIAYAAN
a) Permohonan Pembiayaan hendaklah dibuat oleh Penyedia Latihan (PLA) secara atas talian di laman web PTPK (http://www.ptpk.gov.my) melalui portal Penyedia Latihan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pelatih memulakan latihan dan tarikh latihan yang didaftarkan di JPK.
b) Setelah permohonan secara atas talian diluluskan oleh PTPK, Penyedia Latihan perlu memuat turun dan mencetak borang permohonan pelatih daripada portal penyedia latihan.
c) Borang permohonan yang telah diisi dan dilengkapkan perlu ditandatangani oleh pelatih dan Pengurus Penyedia Latihan.
d) Setelah permohonan diluluskan oleh PTPK, PLA perlu mengisi borang permohonan pelatih dan mengemukakan dokumen sokongan berikut kepada PTPK;
e) Pelatih perlu mengemukakan seorang penjamin semasa permohonan pembiayaan masih berjalan.
*Sumber : Garis Panduan Pelaksanaan Program Pembiayaan Dana Wibawa
PEMBIAYAAN MALAYSIA MEISTER PROGRAMME (MMP)
PENGENALAN
Malaysian Meister Programme (MMP) merupakan program pembiayaan untuk peningkatan tahap kemahiran yang diberikan kepada pekerja tempatan samada pekerja awam atau swasta sebagai persediaan menjadi pakar industri dalam bidang pekerjaan yang diceburi. Melalui MPP, PTPK menerima peruntukan pembiayaan sebanyak RM 10 juta untuk disalurkan kepada tiga belas (13) PPKN di seluruh Malaysia yang telah diluluskan untuk melaksanakan program ini.
SYARAT-SYARAT PEMOHON
*Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
TATACARA PERMOHONAN PEMBIAYAAN MMP
Permohonan Pembiayaan MMP hendaklah dibuat oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (PPKN) atau Penyedia Latihan (PL) secara manual dalam tempoh 45 hari daripada tarikh pelatih memulakan latihan.
PROSEDUR PEMBAYARAN YURAN & ELAUN SARA HIDUP (ESH) PEMBIAYAAN MMP
PENGENALAN
Program Pembiayaan Kepada Golongan Pekerja Dan Future Workers (Lepasan Sekolah) adalah pembiayaan latihan kemahiran kepada golongan lepasan sekolah secara PERCUMA. Program ini bertujuan melengkapkan diri peserta dengan pelbagai kemahiran (Multi-Skilling) agar dapat memenuhi permintaan terhadap keperluan tenaga kerja mahir dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di negara ini.
SYARAT – SYARAT PEMOHON GPFW (Lepasan Sekolah)
*Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
*Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN
Anda boleh mengikuti latihan kemahiran tersebut di dua belas (12) Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (PPKN) yang terlibat seperti berikut:-
