Print this page

Privacy Policy

Selaras dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut sebagai "Akta 709") yang mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan transaksi komersial, PTPK di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) memberi anda notis seperti berikut (untuk tujuan notis bertulis ini, terma "data peribadi" dan "pemprosesan" hendaklah mempunyai maksud yang ditetapkan di dalam Akta 709):


1.0 RINGKASAN

Menerangkan cara pengendalian data peribadi yang dikumpulkan apabila pengunjung berada di Laman Web/Portal PTPK dan apabila anda menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Dasar ini juga merangkumi pengendalian data peribadi yang mungkin dikongsi bersama dengan pihak lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.


2.0 PENGUMPULAN MAKLUMAT

2.1 Pengumpulan data peribadi dilakukan semasa anda melayari Laman Web/Portal PTPK, mengisi apa-apa borang, mendaftar apa-apa permohonan secara manual atau online, atau mendaftar akaun perkhidmatan online yang lain;

2.2 Semasa pendaftaran, anda mungkin diminta melengkapkan data peribadi seperti nama, no. kad pengenalan, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, poskod dan lain - lain data peribadi;

2.3 Semasa anda melayari Laman Web/Portal PTPK, data pengunjung juga direkodkan secara automatik pada log pelayan secara menyemak imbas pengunjung, termasuk alamat IP dan cookie. Data ini direkod dan dikumpulkan bagi membolehkan statistik capaian ke laman portal dapat dibuat agar penyampaian perkhidmatan dapat dipenuhi dengan lebih berkesan dan efektif.

2.4 Maklumat peribadi anda yang diproses adalah bagi tujuan-tujuan berikut:

  1. Menilai dan memproses permohonan untuk pembiayaan latihan kemahiran, produk atau perkhidmatan;
  2. Perkhidmatan mentadbir, mengawas dan memungut bayaran balik pembiayaan latihan kemahiran;
  3. Mentadbir dan mengatur semua produk dan perkhidmatan yang PTPK berikan kepada anda;
  4. Memberikan kepada anda maklumat lanjut berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang PTPK tawarkan
  5. Penyelidikan termasuk tujuan sejarah dan statistik;
  6. Promosi dan pemasaran ("pemasaran langsung") bagi produk dan perkhidmatan PTPK ("Pemasaran langsung") bererti berkomunikasi dengan apa cara sekali pun mengenai apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran yang ditujukan kepada individu tertentu;
  7. Memberi respon kepada pertanyaan-pertanyaan anda; dan
  8. Apa-apa tujuan lain samada secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengan PTPK.

2.5 Sekiranya anda gagal untuk menyediakan data peribadi atau menarik balik persetujuan untuk PTPK memproses data peribadi untuk tujuan-tujuan di atas, PTPK tidak dapat:

  1. Berkomunikasi dengan anda;
  2. Menyediakan perkhidmatan PTPK kepada anda; atau
  3. Mengakses bahagian-bahagian tertentu di dalam Laman Web/Portal PTPK di mana log masuk dikehendaki.

2.6 PTPK boleh memperolehi data peribadi anda daripada Penyedia Latihan Kemahiran anda, mana-mana agensi kerajaan atau mana-mana pihak yang berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan PTPK.

2.7 Pada masa yang sama, PTPK mungkin mengumpulkan data peribadi bukan pelanggan daripada anda (contohnya maklumat pasangan anda) apabila anda memohon sesuatu perkhidmatan. Anda perlu mendapatkan persetujuan pihak berkenaan sebelum memberikan data peribadi tersebut kepada PTPK untuk membolehkan PTPK memproses data peribadi mereka.


3.0 PENZAHIRAN DATA

3.1 Pihak PTPK boleh menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga dalam melaksanakan fungsi-fungsi PTPK seperti menguruskan pembiayaan untuk tujuan latihan kemahiran dan mengutip bayaran balik, serta melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPK oleh mana-mana undang-undang bertulis, Pihak-pihak ketiga tersebut adalah sebagaimana yang disenaraikan di bawah (tidak terhad):

  1. Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri;
  2. Agensi-Agensi Kerajaan/Awam;
  3. Mana-mana biro pinjaman/pembiayaan atau agensi yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia;
  4. Pihak bank dan institusi kewangan berkaitan;
  5. Penyedia Latihan Kemahiran / Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta;
  6. Sebarang organisasi yang dilantik untuk berkhidmat sebagai ejen PTPK;
  7. Sebarang organisasi untuk melengkapkan transaksi yang diminta oleh anda;
  8. Penyedia-penyedia perkhidmatan kewangan (contohnya:syarikat takaful);
  9. Penyedia-penyedia perkhidmatan PTPK;
  10. Sebarang pihak yang dilantik oleh anda (contohnya:peguam, penasihat kewangan atau juruaudit);
  11. Mana-mana pihak yang dibenarkan mengikut ketetapan undang-undang, Perintah Mahkamah dan/atau pihak berwajib dan kawal selia;
  12. Mana-mana agensi penguatkuasa;
  13. Mana-mana institusi kewangan, pedagang dan/atau persatuan kad yang bekerjasama dengan PTPK (contohnya: kad kesetiaan pelanggan);
  14. Syarikat telekomunikasi bagi tujuan makluman, promosi dan pemasaran; dan/atau
  15. Pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan fungsi PTPK.

3.2 Selain daripada di atas, pihak PTPK berhak menzahirkan data peribadi anda jika dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang.


4.0 AKSES KEPADA DATA PERIBADI ANDA

Bagi memastikan data peribadi anda sentiasa tepat dan terkini, anda boleh meminta akses dan boleh membuat permohonan pembetulan, pindaan atau pengemaskinian data peribadi anda secara bertulis di Ibu Pejabat PTPK atau melalui panggilan telefon ke Pusat Khidmat Pelanggan PTPK.


5.0 PAUTAN KEPADA LAMAN PORTAL YANG LAIN

Laman Web/Portal PTPK menyediakan pautan ke laman portal lain pihak selain daripada PTPK. Dasar privasi yang dinyatakan ini hanya terpakai untuk Laman Web/Portal PTPK sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman portal pihak selain daripada PTPK yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman portal yang dilayari.


6.0 PINDAAN DASAR

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di Laman Web/Portal PTPK. Dengan sering melayari Laman Web/Portal PTPK, anda akan dikemas kini dengan data yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana data dikongsi bersama pihak yang lain.