Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menawarkan pengurangan bayaran balik Pinjaman Latihan Kemahiran berdasarkan diskaun 10 peratus setahun ke atas baki pinjaman yang diselesaikan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan secara konsisten selama 12 bulan berturut-turut atau pada bayaran 12 bulan ke hadapan.
   
Kaedah Pelaksanaan
  1.
  2. Peminjam layak diberikan diskaun 10% ini mulai tarikh pembayaran pada 1 Mac 2013. Bayaran balik pinjaman yang dibuat sebelum 1 Mac 2013 tidak diambil kira bagi pemberian diskaun ini. Pengiraan 12 bulan adalah mulai tarikh 1 Mac 2013 dan seterusnya
  3. Pemberian diskaun 10% adalah berdasarkan kepada jumlah bayaran balik yang dibuat dalam tempoh 12 bulan
  4. Peminjam yang membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji layak menerima pemberian diskaun 10%, sekiranya potongan gaji dibuat berdasarkan ansuran jadual bayaran balik yang ditetapkan. Diskaun hanya diberi bagi amaun potongan gaji bermula pada tarikh yang ditetapkan
  5. Pemberian diskaun 10% diberikan dalam bentuk pelarasan akaun. Pemberian diskaun 10% akan diberikan selepas peminjam menyelesaikan tempoh bayaran balik 12 bulan secara berturut-turut atau 12 bulan ke hadapan.
  6. Peminjam yang mempunyai lebih daripada dua akaun pinjaman, layak untuk menerima pemberian diskaun 10% jika bayaran dibuat berdasarkan jadual bayaran balik yang telah ditetapkan ke atas kedua-dua akaun tersebut.
  7. Sekiranya ada terdapat pembayaran terlebih bayar maka pelarasan baki terlebih bayar akan dipindahkan ke Akaun Pinjaman Latihan Kemahiran yang berikutnya (jika ada)
    Syarat - syarat Kelayakan :
  1. Golongan yang layak mendapat pemberian diskaun ini ialah peminjam yang diluluskan Pinjaman Latihan Kemahiran pada tahun 2001 sehingga kini.
  2. Golongan yang layak mendapat pemberian diskaun ini ialah peminjam yang diluluskan Pinjaman Latihan Kemahiran pada tahun 2001 sehingga kini.
  3. Pemberian diskaun 10% ialah mulai tarikh pembayaran pada 1 Mac 2013 dan seterusnya.
    Contoh pengiraan :
        Jumlah bayaran balik sebulan RM 96.56    
        Jumlah bayaran balik mengikut jadual bayaran balik (12 bulan) RM 1,158.72    
        Jumlah bayaran balik yang diterima (12 bulan) RM 1,200.00    
        Pemberian diskaun yang diberikan RM 120.00    
        (10% x RM 1,200.00)      
  4. Bayaran balik pinjaman yang dibuat sebelum 1 Mac 2013 tidak diambil kira bagi pemberian diskaun ini.
 
   
Prosedur Pemberian Diskaun
  1. Pemberian diskaun 10% diberikan kepada peminjam tanpa perlu membuat permohonan dan akan dikira selepas dua belas (12) kali bayaran balik ansuran mengikut jadual bayaran balik dilakukan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
  2. Pemberian diskaun 10% diberikan dalam bentuk pelarasan akaun.
  3. Pemberian diskaun 10% akan diberikan selepas peminjam menyelesaikan tempoh bayaran balik 12 bulan secara berturut-turut atau 12 bulan ke hadapan.
Last modified on Tuesday, 03 March 2020 10:18