|

Pada 12 November 2014 (Rabu) seramai 40 orang ahli PUSPANITA PTPK telah mengadakan sesi lawatan sambil belajar ke kilang roti Gardenia Bakeries bertempat di Seksyen 26, Shah Alam, Selangor. Sesi lawatan sambil belajar ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Ahli PUSPANITA PTPK berpeluang meninjau ke dalam kawasan kilang dan dapat melihat penghasilan produk Gardenia Bakeries bermula dari proses mengadun, membentuk, membakar sehingga proses pembungkusan. Kumpulan Kami juga telah dibawa oleh Puan Aida iaitu wakil dari Gardenia Bakeries untuk melihat secara dekat teknologi yang digunakan iaitu kombinasi teknologi moden dengan kaedah tradisi bagi menghasilkan pelbagai aneka roti yang lazat dan aroma roti yang segar dan seperti baru dibakar. Setiap ahli PUSPANITA yang hadir telah dibekalkan dengan ‘goodies bag’ dari Gardenia Bakeries.