|

Pada 19 Ogos 2014 bersamaan dengan 23 Syawal 1435H pihak PTPK telah mengadakan Majlis Perjumpaan Pengerusi Lembaga Pengarah dan juga sempena meraikan Hari Kemerdekaan yang ke – 57 bertempat di Dewan Terbuka Aras 19, Bangunan Menara Dato’ Onn, PWTC. Majlis ini melibatkan warga PTPK dan juga Para Lembaga Pengarah untuk mengeratkan lagi hubungan bersama di samping beramai-ramai bersemangat patriotik meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-57.