|

Pada 11 Julai 2014 bersamaan dengan 13 Ramadhan 1435H bersempena Nuzul Al-Quran bertempat di Aras 19 Dewan Terbuka PTPK Menara Dato’ Onn, PWTC, K. Lumpur PTPK telah menjemput Uztaz Rosli Bin Daud daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberikan ceramah Sentuhan Nurani Siri 8 ( Edisi Ramadhan) iaitu Mukjizat Al-Quran. Dalam Majlis ini beliau turut menekankan dan menyarankan agar segala kehidupan di dunia berpandukan pada sumber yang pertama dalam Islam iaitu Al-Quran sebagai panduan hidup, agar hidup lebih diberkati serta dirahmati di dunia dan di akhirat. Marilah kita sebagai umat Islam mementingkan kehidupan berasaskan pegangan Al-Quran yang telah lama mengajar kita tentang kehidupan yang lebih teratur dan sistematik demi mencapai kejayaan dan keberkatan dalam kehidupan pada masa hadapan.