|
PWTC, Kuala Lumpur, 5 Mac 2014 (Rabu) – Kelab Sukan dan Kebajikan Tabung Pembangunan Kemahiran (KSKTPK) telah menganjurkan satu Majlis Bacaan Yasin di Dewan Terbuka PTPK sempena tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 iaitu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sempena Majlis bacaan yasin tersebut, warga kerja PTPK mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 yang telah hilang sejak dari 8 Mac 2014 yang lalu.