|
PADANG SERAI, 24 April – Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menjalankan Program Khidmat Masyarakat (CSR) & Walkabout Door-To-Door bersama Kementerian Sumber Manusia pada kali ini di Parlimen Padang Serai, Kulim Kedah.
Sumbangan berupa Yuran Tahunan Sekolah diberikan kepada Madrasah Ihsaniah Padang Serai yang diketuai oleh PTPK bagi Pelajar Golongan Asnaf dan juga sumbangan berupa barang keperluan mengajar kepada Madrasah tersebut.
Selain daripada itu, pihak Penbangunan Sumber Manusia (PSMB) dan PERKESO juga memerikan sumbangan CSR kepada tujuh (7) orang penduduk kampung yang tergolong dalam golongan asnaf dan penerima faedah pencarum PERKESO.