|
KUALA LUMPUR 1 Mei – Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2018 disambut meriah oleh lebih 10,000 pekerja dari seluruh negara bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pada tahun ini Sambutan Hari Pekerja bertemakan “Pekerja Berkemahiran, Peneraju Kecermerlangan Negara”.
Perhimpunan kali ini turut melibatkan penyertaan majikan, kesatuan-kesatuan sekerja dan agensi-agensi kerajaan sekali gus menunjukkankewujudan semangat kerjasama yang kukuh dalam urusan pekerjaan di negara ini.
Pada kali ini Dato’ Sri Najib bin Tun Abdul Razak menyampaikan amanat serta berita baik kepada rakyat Malaysia dengan lima (5) pengumuman inisiatif dan peruntukan tambahan baharu termasuk cuti paterniti mandatori sekurang-kurangnya tiga (3) hari bagi suami yang bekerja sektor swasta. Pada kemuncak acara sambutan adalah penyampaian 11 anugerah kepada golongan pekerja dan majikan yang cemerlang.