Flat View
Mengikut Tahun
Paparan Bulanan
Mengikut Bulan
Weekly View
Mengikut Minggu
Daily View
Hari Ini
Search
Carian
MAJLIS PENYERAHAN HADIAH PROMOSI BAYAR DAN MENANG (PTPK)(PROGRAM 1)
Khamis, November 28, 2019

191121


Kuala Lumpur, 21 November 2019 - Satu Majlis Penyerahan Hadiah Promosi Bayar dan Menang Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah diadakan di Kuala Lumpur. Majlis telah di sempurnakan oleh Yang Berhormat (YB) M. Kula Segaran, Menteri Sumber Manusia. Promosi Bayar dan Menang ini telah berlangsung mulai 1 Julai 2019 hingga 30 September 2019 yang lalu dengan syarat penyertaan yang mudah iaitu peminjam perlu membuat penyelesaian penuh bayaran balik Pinjaman Latihan Kemahiran (tutup lejar) dengan bayaran minimum RM100.00.

Majlis yang diadakan ini sebagai penghargaan kepada peminjam yang menunaikan tanggungjawab mereka dengan melunaskan keseluruhan jumlah Pinjaman Latihan Kemahiran. Sepanjang tempoh tiga (3) bulan promosi ini telah mencatatkan kutipan bayaran balik sebanyak RM21.16 juta. Daripada jumlah tersebut seramai 830 akaun dengan jumlah bayaran balik sebanyak RM2.38 juta yang disenaraipendek layak untuk mengikuti sesi cabutan. Seramai 42 orang peminjam yang telah dipilih sebagai pemenang hadiah yang berjumlah melebihi RM40,000.

Dalam majlis yang sama, PTPK turut melancarkan Promosi Bayar dan Menang Program 2 dengan objektif yang lebih besar untuk menggalakkan peminjam membayar balik pinjaman PTPK. Promosi Bayar dan Menang Program 2 ini mengambil kira transaksi bayaran balik mulai 1 Oktober 2019 dan dijangka akan tamat pada 31 Disember 2019 dengan menawarkan hadiah melebihi RM80,000.



28 November 2019
Editor: NOR ABIKA BINTI BAHUDIN
 

Back