|
Kuala Lumpur, 6 Julai 2020 - Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK diteruskan bagi membincangkan beberapa perkara yang dapat membantu mempertingkatkan usaha- usaha dalam pengurusan dana pinjaman latihan kemahiran dengan lebih berkesan. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh semua Ahli Lembaga Pengarah PTPK yang telah secara rasminya dilantik oleh YB Menteri Sumber Manusia.