|
PASIR MAS, 24 JANUARI 2021 (AHAD) - YB Ahmad Fadhli Bin Shaari, Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK bersama-sama YB Dato Nassuruddin Daud Adun Meranti dan YB Rozi Muhammad Adun Tendong menyampaikan Sumbangan Bencana Banjir yang disalurkan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran kepada 2000 keluarga mangsa banjir di Parlimen Pasir Mas yang melibatkan Dun Meranti dan Dun Tendong. Barangan sumbangan diberikan kepada penghulu-penghulu Mukim untuk diagihkan kepada orang-orang kampung.