Flat View
Mengikut Tahun
Paparan Bulanan
Mengikut Bulan
Weekly View
Mengikut Minggu
Daily View
Hari Ini
Search
Carian
MAJLIS SANJUNGAN BUDI DAN PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS PTPK
Khamis, Mac 25, 2021

210129


Majlis Sanjungan Budi Dan Penyerahan Sumbangan Bantuan Khas kepada waris pegawai/ pekhidmat Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.
Majlis ini di sempurnakan oleh Yang Berhormat (YB) Ustaz Ahmad Fadhli bin Saari, Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK dengan membuat penyerahan sumbangan Bantuan Khas berjumlah RM475,000 diberikan kepada waris kakitangan PTPK yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan. Sepanjang penubuhan PTPK, seramai 4 orang pegawai/ pekhidmat PTPK telah meninggal dunia dalam perkhidmatan
Dalam majlis yang sama juga turut diadakan Majlis Sanjungan Budi bagi persaraan YBrs. Encik Mustafa bin Ali, mantan Ketua Eksekutif PTPK yang telah bersara wajib mulai 29 Januari 2021 serta mantan Ahli Lembaga Pengarah PTPK wakil daripada Jabatan Perdana Menteri iaitu YBhg. Datuk Almalena Sharmila binti Dato’ Dr. Johan yang telah bertukar ke Jabatan Peguam Negara pada 16 Disember 2020.
Turut hadir sama di dalam majlis tersebut adalah YBrs. Encik Mohd Fathullah bin Mustafa, Ketua Eksekutif PTPK yang baharu dilantik mulai 8 Mac 2021, YBhg. Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK, barisan Ahli Lembaga Pengarah PTPK, pengurusan tertinggi dan pegawai/ pekhidmat PTPK



25 Mac 2021
Editor: NOR ABIKA BINTI BAHUDIN
 

Back