|
12 Februari 2022, Nilai – Majlis Konvokesyen Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) Zon Tengah kali ke-4 bertempat di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Seri. M. Saravanan, Menteri Sumber Mnusia. Turut sama hadir ke majlis mewakili pihak PTPK ialah Dato’ P. Amarendran (Ahli Lembaga Pengarah PTPK), Encik Sandra Segaran (Ahli Lembaga Pengarah PTPK) dan YBrs. Encik Mohd Fathullah Mustafa (Ketua Eksekutif PTPK). Majlis Konvokesyen ini melibatkan 289 pelatih daripada 5 Penyedia Latihan iaitu Kasih Anana Pro Skills Institute, Vocational Education Training Academy, PLP Institute, Vision Academy dan Sense Perfect International College.