|
Kuala Lumpur, 31 Disember 2021 - Seramai 21 orang kakitangan PTPK telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2020 yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif PTPK pada hari ini sempena Majlis Perhimpunan Bulanan PTPK. Walaupun tahun 2020 negara dilanda wabak pandemik COVID-19, namun ia tidak mematahkan semangat pekerja untuk memberikan hasil kerja yang Terbaik.