|
KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2022 - Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah melancarkan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) dan Perasmian Portal MyperkasaTVET di WTC Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) yang dilancarkan pada hari ini dan berkuatkuasa 15 Ogos 2022 (Fasa pertama), tidak akan mengenakan apa-apa bayaran upah iaitu caj pentadbiran dan perkhidmatan bagi permohonan baru pinjaman latihan dan penukaran (Conversion) akaun pinjaman konvensional kepada PLK-i.
Selain itu, dengan ketersediaan perkhidmatan Portal MyPerkasa TVET, ia menjadi satu aplikasi kemudahan kepada pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan PTPK melalui komputer dan gadget yang selaras dengan agenda transformasi pendigitalan negara.