|
Putrajaya, 6 Januari 2023 - Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 oleh YB TUAN V. SIVAKUMAR, Menteri Sumber Manusia turut dihadiri oleh YB Tuan Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Pengurusan Tertinggi KSM, Ketua- ketua Jabatan dan Agensi. Seramai 500 warga kerja KSM yang melibatkan agensi-agensi utama di bawah KSM telah hadir ke majlis ini. YB Menteri Sumber Manusia berharap warga kerja KSM dapat melaksanakan segala perancangan inisiatif KSM dengan cemerlang pada tahun ini.