Flat View
Mengikut Tahun
Paparan Bulanan
Mengikut Bulan
Weekly View
Mengikut Minggu
Daily View
Hari Ini
Search
Carian
MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN PENEMPATAN PEKERJAAN DAN SIJIL PENGHARGAAN MAJIKAN DI BAWAH SKIM PEMBIAYAAN LATIHAN KEMAHIRAN
Jumaat, Julai 14, 2023

14072023


Bayan Lepas, Pulau Pinang, 14 Julai 2023 – Satu Majlis Penyerahan Surat Tawaran Penempatan Pekerjaan Dan Sijil Penghargaan Majikan Di Bawah Skim Pembiayaan Latihan Kemahiran telah diadakan di Auditorium Penang Skills Development Centre (PSDC). Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Prof. Dr. P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang bersama Yang Berhormat Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia serta Yang Berusaha Encik A. Maniam, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), Kementerian Sumber Manusia. Dalam usaha untuk melahirkan tenaga kerja mahir tempatan dan mengekalkan bakat sumber manusia untuk berkhidmat dalam negara, PTPK telah mengadakan kerjasama sinergi dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (PPKN) di seluruh negara untuk melaksanakan Skim Pembiayaan Industry Driven-Talent Acceleration Programme (ID-TAP) yang turut melibatkan satu lagi agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp). Program ini dirangka bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang dapat memenuhi keperluan industri dan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing dan seterusnya menjadi negara berpendapatan tinggi. Rangka kerja pelaksanaan ID-TAP adalah berdasarkan pendekatan keperluan industri, di mana majikan mengenal pasti kedua-dua kemahiran dan pekerja yang mereka perlukan. Fasa pertama dengan peruntukan dana sebanyak RM7.2 juta yang telah diuruskan oleh PTPK akan memanfaatkan lebih 900 pekerja daripada lebih 100 syarikat di seluruh Malaysia, termasuk Perusahaan Kecil Sederhana. Kini terdapat 10 Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (PPKN) yang memberikan latihan termasuklah Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Sarawak, Terengganu, Negeri Sembilan, dan Johor.



17 Julai 2023
Editor: NOR ABIKA BINTI BAHUDIN
 

Back