Flat View
Mengikut Tahun
Paparan Bulanan
Mengikut Bulan
Weekly View
Mengikut Minggu
Daily View
Hari Ini
Search
Carian
PTPK SERAH PAMPASAN TAKAFUL PINJAMAN KEPADA WARIS KELUARGA PEMINJAM
Sabtu, Julai 15, 2023

15072023


KULIM, KEDAH, 15 Julai 2023 – Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah menyerahkan pampasan takaful pinjaman PTPK kepada waris peminjam melalui Program PTPKASIH di kediaman waris peminjam di Kulim. Yang Berhormat Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia bersama Ketua Eksekutif PTPK, Mohd Fathullah Mustafa telah menyerahkan pampasan takaful pinjaman PTPK kepada Puan Yau Ah Foong yang merupakan ibu kepada peminjam PTPK iaitu mendiang Phoon Soon Keing. Program PTPKasih merupakan salah satu daripada Tanggungjawab Sosial Korporat kepada peminjam-peminjam PTPK di negara ini. Program ini juga adalah sebagai platform untuk PTPK mendekati waris peminjam PTPK untuk menghulurkan bantuan dan sokongan. Wang pampasan takaful telah diserahkan kepada waris peminjam dengan jumlah sebanyak RM7,412.02 berserta sumbangan yang lain.



17 Julai 2023
Editor: NOR ABIKA BINTI BAHUDIN
 

Back