|
BANDAR BARU BANGI, 9 September 2023 - Warga PTPK hari ini berkesempatan untuk turut serta bersama-sama warga Kementerian Sumber Manusia dalam aktiviti gotong-royong KUDAH (Kutip Sampah Sambil riadah) dan menyantuni pelajar-pelajar TVET daripada pelbagai institusi TVET bertempat di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang , turut hadir berganding bahu bersama YBrs. Tuan Mohd Fathullah Bin Mustafa, Ketua Eskekutif PTPK, YB Senator Dato Dr Nelson Renganathan, Pengarah Eksekutif, APTI TVET Sdn Bhd & En. Francis Alphonses dan Pengurus Kanan, APTI TVET Sdn Bhd. Pelajar-pelajar TVET daripada Meatech Creative Academy, Allied Aeronautics Training Centre, Institut Kemahiran SAFA dan APTI TVET Sdn Bhd turut serta bekerjasama dalam sesi bergotong-royong bersama-sama di samping memeriahkan jua suasana beramai-ramai mengerahkan tenaga dalam aktiviti bergotong-royong. Aktiviti ini secara langsung dapat memupuk sikap memelihara dan memulihara kawasan sekitar tasik tersebut yang sering dikunjungi orang ramai bagi melakukan aktiviti riadah, bersenam dan sebagainya. Selaras dengan ‘Kempen Kesedaran Cintai Alam Sekitar’, hal ini dianggap sebagai inisiatif bagi melindungi alam sekitar dan menjadi tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat.