|
29 April 2024, Kuala Lumpur - PTPK telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Madani PTPK bertempat di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Tujuan program ini diadakan adalah bagi menghargai pelanggan-pelanggan merangkumi Penyedia Latihan (PL) dan pemegang taruh PTPK.
Turut hadir ke majlis ini ialah YB Dato' Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YBhg. Dato' Sri Khairul Dzaimee Bin Daud, Ketua Setiausaha dan YBhg. Dato' Hajah Norison Binti Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha. Selain itu juga, YB Timbalan Menteri Sumber Manusia juga berkesempatan untuk menyampaikan Skim Bantuan kepada pertubuhan dan individu yang layak.