Flat View
Mengikut Tahun
Paparan Bulanan
Mengikut Bulan
Weekly View
Mengikut Minggu
Daily View
Hari Ini
Search
Carian
HARI SUKAN NEGARA KESUMA 2024
Sabtu, Oktober 12, 2024

Aktiviti Putrajaya 12102024


Putrajaya, 12 Oktober 2024 - Bersempena Sambutan Hari Sukan Negara pada 12 Oktober, PTPK telah turut serta dalam Program Sukan Peringkat KESUMA 2024 yang telah berlangsung di perkarangan Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya semalam. Kontingen PTPK diwakili oleh YBrs. Encik Mohd Fathullah Bin Mustafa, Pengarah Kanan dan seramai lebih daripada 40 orang Warga Kerja PTPK yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara.

Tema sukan yang diketengahkan pada kali ini adalah berkonsepkan permainan tradisional iaitu sukan rakyat. Acara yang dipertandingkan seperti pertandingan tarik tali, terompah kelapa, sepak raga dan banyak lagi.

Sambutan Hari Sukan Negara yang disambut setiap tahun dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga KESUMA, sekaligus meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal.



5 November 2024
Editor: NOR ABIKA BINTI BAHUDIN
 

Back