Flat View
Mengikut Tahun
Paparan Bulanan
Mengikut Bulan
Weekly View
Mengikut Minggu
Daily View
Hari Ini
Search
Carian
JELAJAH TVET TERENGGANU 2024
Isnin, Oktober 28, 2024

Aktiviti Terengganu 28102024


KUALA TERENGGANU, 28 Oktober 2024 - PTPK baru-baru ini telah menganjurkan Jelajah Karnival TVET Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2024 pada 28 Oktober 2024 yang lalu bertempat di Mydin Mall, Gong Badak, Kuala Terengganu.

Objektif penganjuran program ini adalah bagi memperkenalkan latihan dan pengajian dalam bidang kemahiran kepada masyarakat setempat khususnya dalam bidang kimpalan. Pelbagai aktiviti yang menarik yang telah diadakan antaranya Reruai Pameran TVET, TVET Talk, Tea Talk Session Bersama Influencer Bidang Kimpalan, Sesi Dialog Bersama Penyedia Latihan, Cabutan Bertuah Pengunjung & Kuiz Kahoot, Kaunter Bayaran Balik Pinjaman PTPK dan Cabutan Promosi Bayaran Balik Pinjaman PTPK.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK, YB Ts. Zahir Hassan, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK, YB Rajiv Rishyakaran, Pengarah Kanan PTPK, Encik Mohd Fathullah serta ahli Lembaga Pengarah PTPK.



5 November 2024
Editor: NOR ABIKA BINTI BAHUDIN
 

Back