Disclaimer

Disclaimer (5)

Isnin, 24 Ogos 2015 09:17

Bantuan

Ditulis oleh
  • KEBOLEHCAPAIAN

    Menjadikan Portal Rasmi PTPK boleh dicapai oleh semua golongan pengguna. Memberi panduan bagaimana menyesuaikan laman ini mengikut keperluan anda. Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila lihat Soalan Lazim or e-Aduan


  • KOD QR

    Kini anda boleh melayari Portal Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menerusi telefon pintar dengan melalui Kod QR PTPK.

    Cara penggunaan Kod QR melalui telefon pintar atau Tablet:

    1. Memuat turun dan lakukan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan telefon pintar atau Tablet anda.
    2. Pilih dan aktifkan aplikasi QR Reader dan kemudian imbas Kod QR di bawah dengan menggunakan kamera dari telefon pintar / Tablet.
    3. Anda akan terus dibawa ke Portal PTPK versi mudahalih.

    Qrcode


  • KEMUDAHAN PENTERJEMAHAN WEB

    Sebagai usaha PTPK menyediakan kemudahan navigasi yang baik dan mesra pengguna, laman web ini turut mengambilkira mereka yang lebih selesa untuk melayari laman web ini dengan bahasa-bahasa lain selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh itu, laman web ini menyediakan pautan kepada enjin penterjemahan web yang menterjemahkan secara automatik kepada bahasa-bahasa pilihan seperti yang tersenarai di bawah sahaja.

    Penafian: Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

Selasa, 11 Ogos 2015 12:57

Dasar Keselamatan

Ditulis oleh

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

 

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Selasa, 11 Ogos 2015 12:57

Hak Cipta

Ditulis oleh

Hakcipta Laman Rasmi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan kandungannya termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran kecuali yang dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekali pun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Selasa, 11 Ogos 2015 12:57

Dasar Privasi & Keselamatan

Ditulis oleh

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI PTPK


1. PENGENALAN

1.1 Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) (selepas ini dirujuk sebagai "kami") mengambil berat mengenai perlindungan data peribadi dan data peribadi sensatif (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Data Peribadi”).

1.2 Kami komited untuk melindungi privasi dan keselamatan Data Peribadi semua subjek data iaitu individu yang berurusan dengan kami (termasuklah yang berumur di bawah 18 tahun), selaras dengan kehendak dan maksud yang diperuntukkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].

1.3 Bagi tujuan berkenaan, kami telah mengeluarkan Notis Perlindungan Data Peribadi kami ini, (selepas ini dirujuk sebagai “Notis ini”), yang akan menjelaskan bagaimana pemprosesan Data Peribadi dan langkah keselamatan yang dilaksanakan oleh kami bagi memastikan Data Peribadi anda dilindungi dengan sewajarnya.

1.4 Terma “pemprosesan” Data Peribadi dalam Notis ini mempunyai maksud yang telah ditakrifkan dalam Akta 709 yang mana meliputi pengumpulan, perekodan, penyimpanan, pengendalian, penggunaan, penzahiran, penyelarasan, pembetulan, pemadaman dan pemusnahan data.

1.5 Apabila anda memohon, melanggan atau menikmati Perkhidmatan kami, anda telah memberikan Data Peribadi anda kepada kami dan kami perlu memprosesnya bagi tujuan menyediakan perkhidmatan, melaksanakan urusan pentadbiran, atau memenuhi kewajipan undang-undang yang berkaitan.

1.6 Apabila anda memberikan Data Peribadi tentang mana-mana orang lain, anda mengesahkan bahawa anda telah diberi kuasa bagi pihak mereka, untuk bersetuju bagi pemprosesan Data Peribadi mereka dan menerima Notis ini bagi pihak mereka.

2. JENIS DATA PERIBADI DIPROSES

2.1 Kami mungkin perlu memproses Data Peribadi anda/ mana-mana orang lain termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara yang berikut:

  1. Maklumat Pengenalan
    Nama penuh, nombor kad pengenalan awam/ polis/ tentera, nombor pasport, tarikh lahir, jantina, kewarganegaraan, bangsa dan gambar berukuran pasport;
  2. Maklumat Perhubungan
    Alamat tempat tinggal, alamat surat-menyurat, nombor telefon, dan alamat e-mel;
  3. Maklumat Kewangan
    Nama dan nombor akaun bank, penyata bank, penyata gaji, penyata KWSP, maklumat pendapatan isi rumah, laporan kewangan dan lain-lain dokumen berkaitan kewangan;
  4. Maklumat Pendidikan & Pekerjaan
    Tahap pendidikan, kelayakan akademik, butiran majikan, dan sejarah pekerjaan;
  5. Maklumat Peribadi Sensitif
    Maklumat kesihatan, perubatan & agama, maklumat biometrik seperti Cap Jari, Imej wajah (selfie), imej dokumen pengenalan diri (MyKad), Tandatangan & Tandatangan Elektronik; dan
  6. Lain-lain Maklumat
    Alamat IP (Nama Pengguna/ Pengenalan ID/ Pengenalan Log Masuk) Kuki dan lain-lain maklumat yang membolehkan kami menjalankan fungsi kami seperti yang ditetapkan dalam Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640].

2.2 Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi yang diperlukan, kami mungkin tidak dapat menyediakan perkhidmatan, melaksanakan urusan pentadbiran, atau memenuhi kewajipan undang-undang yang berkaitan.

3. SUMBER PENGUMPULAN DATA PERIBADI

3.1 Kami mengumpulkan Data Peribadi daripada sumber-sumber yang berikut:

  1. Borang permohonan pinjaman latihan kemahiran sama ada secara fizikal atau atas talian;
  2. Sistem permohonan pembiayaan atas talian PTPK;
  3. Borang pendaftaran program latihan kemahiran;
  4. Pusat bertauliah/ penyedia latihan kemahiran yang berdaftar dengan kami;
  5. Dokumen sokongan yang anda serahkan kepada kami;
  6. Laman sesawang rasmi kami, penggunaan kuki dan lain-lain platform digital kami;
  7. Biometrik, jejak kaki digital, geolokasi, imej video dan rakaman suara yang diperoleh semasa interaksi, sama ada secara fizikal atau melalui saluran digital;
  8. Aduan atau maklum balas yang dikemukakan melalui saluran rasmi;
  9. Sumber luaran yang sah dan umum seperti media sosial, forum perbincangan, tapak web, saluran dalam talian lain, tinjauan, soal selidik dan borang; dan
  10. Data yang dikongsi secara sah di sisi undang-undang dan dikeluarkan oleh agensi kerajaan, pihak berkuasa, badan-badan berkanun dan badan kawal selia lain yang berkaitan seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan sebagainya.

3.2 Kami tidak melantik mana-mana pihak untuk mengumpulkan Data Peribadi melainkan kami mengesahkan pelantikan berkenaan untuk tujuan yang berkenaan dan dimaklumkan secara umum dalam paltform-platform digital kami.

4. TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI

4.1 Kami memproses Data Peribadi bagi tujuan yang berikut:

  1. menjalankan fungsi kami seperti mana yang ditetapkan dalam Akta 640;
  2. pendaftaran penyedia latihan kemahiran dan program latihan kemahiran, permohonan pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran dan pembayaran dan pemulangan balik;
  3. aktiviti secara langsung atau tidak berkaitan dengan PTPK dalam menjalankan fungsinya;
  4. menjalankan penilaian kredit dan semakan kelayakan;
  5. melaksanakan program pembangunan kemahiran dan latihan;
  6. tujuan pentadbiran dalaman, pengauditan, dan penyimpanan rekod;
  7. mematuhi keperluan perundangan dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan
  8. menjawab pertanyaan, aduan, atau maklum balas anda serta sebarang aktiviti komunikasi bersama anda;
  9. mengadakan kerjasama strategik dengan mana-mana pihak dalam melaksanakan fungsi kami di bawah Akta 640;
  10. memproses imej wajah (selfie) dan imej dokumen pengenalan diri (MyKad) bagi tujuan pengesahan identiti secara elektronik (eKYC), termasuk pemadanan wajah dan pengecaman teks menggunakan teknologi kecerdasan buatan;
  11. menyediakan laporan statistik kepada kementerian dan agensi berkaitan (dalam bentuk agregat); dan
  12. sebarang tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh manamana undang-undang di Malaysia, peraturan, garis panduan dan/atau badan kawal selia yang berkaitan.

4.2 Data Peribadi yang dikumpulkan daripada laman-laman web PTPK boleh diproses oleh kami untuk tujuan yang berikut:

  1. mengenal pasti tempat anda mengakses laman web/portal/sistem kami (alamat IP) dan untuk membantu mengenal pasti masalah dengan penyemak imbas kami; dan
  2. memastikan tahap perkhidmatan yang lebih baik dengan menggunakan Kuki untuk menyimpan pilihan pelawat dan untuk merekod maklumat sesi bagi menilai tahap penyampaian perkhidmatan atau keperluan anda (anda boleh melaraskan tetapan pada penyemak imbas anda supaya anda dimaklumkan apabila anda menerima kuki).

5. PENZAHIRAN DATA PERIBADI

5.1 Data Peribadi yang kami simpan akan dirahsiakan, namun untuk kami memberikan perkhidmatan yang berkesan, dan tertakluk kepada undangundang pada setiap masa termasuk peraturan, arahan pentadbiran dan garis panduan, Data Peribadi mungkin perlu/ akan dizahirkan kepada pihak-pihak yang berikut:

  1. Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kementerian, Jabatan atau agensi-agensi kerajaan sebagaimana yang dibenarkan dan dikehendaki oleh undang-undang;
  2. Pusat bertauliah/ penyedia latihan kemahiran yang berdaftar;
  3. Institusi kewangan dan bank bagi tujuan pemprosesan bayaran;
  4. Agensi Pelaporan Kredit bagi tujuan semakan kredit;
  5. Firma guaman, juruaudit, dan konsultan profesional yang kami lantik;
  6. Pembekal perkhidmatan yang diberi kuasa oleh kami melalui kontrak pelantikan untuk menjalankan beberapa fungsi, perkhidmatan dan aktiviti kami;
  7. Rakan kongsi strategik yang mempunyai hubungan dengan kami berkenaan perkhidmatan kami;
  8. Pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang, mahkamah, atau tribunal jika diwajibkan oleh undang-undang; dan
  9. Pihak yang diberi kuasa dan dipersetujui oleh anda.

5.2 Sekiranya anda memilih untuk tidak menzahirkan Data Peribadi yang disimpan, kami mungkin tidak dapat menyediakan perkhidmatan, melaksanakan urusan pentadbiran, atau memenuhi kewajipan undangundang yang berkaitan.

6. LANGKAH KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN

6.1 Kami akan mengambil langkah-langkah praktikal, teknikal dan organisasi yang sewajarnya bagi memastikan Data Peribadi anda sentiasa dilindungi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian tanpa kebenaran, akses atau penzahiran tanpa kebenaran, atau pemusnahan yang tidak sah.

6.2 Langkah-langkah ini merangkumi kawalan keselamatan fizikal dan digital, prosedur operasi dalaman, serta mekanisme pemantauan dan semakan berterusan termasuklah perkara yang berikut:

  1. penggunaan teknologi keselamatan siber seperti firewall dan penyulitan (encryption);
  2. kawalan akses masuk ke premis dan bilik fail;
  3. kawalan akses masuk ke sistem berasaskan peranan (Role-Based Access Control);
  4. memastikan kakitangan kami mematuhi dasar kerahsiaan dan keselamatan data; dan
  5. mempunyai perjanjian kerahsiaan dengan mana-mana pihak ketiga yang berurusan dengan kami semasa kami menjalankan fungsi kami di bawah Akta 640.

6.3 Jika kami menzahirkan Data Peribadi kepada pihak diberikan kuasa, mereka dikehendaki melindungi Data Peribadi berkenaan dengan tindakan sewajarnya.

6.4 Kami akan menyimpan Data Peribadi selama tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpul, atau selagi diperlukan untuk memenuhi keperluan undang-undang seperti Akta Arkib Negara 2003, Akta Had Masa 1953 dan lain-lain.

6.5 Kami akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan semua Data Peribadi dimusnakan atau dipadamkan secara kekal jika ia tidak lagi diperlukan.

6.6 Anda juga bertanggungjawab untuk menjaga kata laluan dengan baik dan tidak menzahirkannya kepada pihak lain bagi mengelakkan risiko pencerobohan terhadap Data Peribadi anda yang dikumpulkan oleh kami melalui sistem kami.

7. HAK DAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI SUBJEK DATA

7.1 Pada bila-bila masa, anda berhak untuk:

  1. mengetahui tentang tujuan Data Peribadi dikumpulkan;
  2. mengakses Data Peribadi anda yang kami simpan;
  3. memohon pembetulan jika Data Peribadi anda tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskini;
  4. menarik balik persetujuan bagi pemprosesan Data Peribadi anda pada bila-bila masa melalui notis bertulis (tertakluk kepada implikasi undang-undang dan kontrak sedia ada); dan
  5. menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau distres.

7.2 Anda bertanggungjawab untuk memberikan kami Data Peribadi yang lengkap, terkini dan tepat.

7.3 Anda memahami dan mengakui bahawa kami akan menerima Data Peribadi yang diberikan atas dasar ‘seadanya’ dan bahawa anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kami secara bertulis jika terdapat kesilapan atau perubahan pada Data Peribadi yang diberikan untuk pembetulan.

7.4 Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang permohonan untuk mengakses, membetulkan, menarik balik persetujuan pemprosesan atau menghalang pemprosesan Data Peribadi selepas dikumpulkan oleh kami, dan tertakluk kepada apa-apa fi yang ditetapkan di bawah undang-undang.

8. PINDAAN NOTIS

8.1 Kami berhak untuk meminda Notis ini dari semasa ke semasa dan kami akan memaklumkan anda dengan memaparkan dalam laman web kami.

8.2 Sila semak Notis ini dari semasa ke semasa untuk kekal dimaklumkan tentang cara kami melindungi Data Peribadi anda;

8.3 Notis ini tersedia dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan sebarang percanggahan antara kedua-dua versi hendaklah merujuk dan memakai versi Bahasa Melayu.

9. HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan, atau ingin melaksanakan hak anda berkaitan Data Peribadi anda, sila hubungi kami di saluran berikut:

(i) Alamat

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

Aras 11, 12C,15-19 & 27, Menara Dato’ Onn,

Pusat Dagangan Dunia KL (WTCKL)

No. 45, Jalan Tun Ismail

50530 Kuala Lumpur

(ii) Talian Telefon

03-4051 6000

(iii) E-mel

pdpa@ptpk.gov.my

10. TARIKH KUAT KUASA

Notis ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan, dan sebarang pindaan akan berkuat kuasa serta-merta daripada tarikh pindaan tersebut dikeluarkan.

Sekian, Terima Kasih.

"MALAYSIA MADANI”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Kesuma Bangsa”

Saya yang menjalankan amanah,

(ENCIK MOHD FATHULLAH BIN MUSTAFA)

Ketua Eksekutif

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

23 Februari 2026

Versi 1.0

Selasa, 11 Ogos 2015 12:57

Terma & Syarat

Ditulis oleh

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan Laman Web Rasmi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di Laman Web ini.

Sekiranya anda mengakses Laman Web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat am ini atau syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh PTPK jika berkaitan, dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, PTPK sebagai penyedia perkhidmatan Laman Web ini bagi akses dan/atau penggunaan Laman Web ini.

Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan terma-terma dan syarat-syarat ini.

 

Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa PTPK tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau 'exemplary', termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada Laman Web ini;
akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
kenyataan atau tindakan pihak ketiga di Laman Web ini; atau
perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Laman Web ini.

 

Pautan

PTPK boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, PTPK tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa PTPK tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa PTPK tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

 

Penamatan

PTPK boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. PTPK boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan Laman Web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa PTPK tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

 

Perubahan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan

PTPK mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada terma-terma dan syarat-syarat ini pada bila-bila masa sama ada dengan atau tanpa memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan Laman Web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana PTPK mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti terma-terma dan syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan terma-terma dan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada terma-terma dan syarat-syarat ini.

 

Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

PTPK mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa PTPK tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

 

Umum

Terma-terma dan syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Dasar Privasi, Dasar Keselamatan termasuk Keselamatan "Online" dan lain-lain syarat-syarat sama ada secara khusus atau standard. Sekiranya ada antara Dasar Privasi, Dasar Keselamatan termasuk Keselamatan "Online" dan lain-lain syarat-syarat sama ada secara khusus atau standard yang tidak konsisten atau percanggahan di antara terma-terma dan syarat-syarat ini, anda bersetuju bahawa PTPK berkuasa menerimapakai terma-terma dan syarat-syarat sama ada secara khusus atau standard mengikut kehendak PTPK.

Sekiranya mana-mana peruntukan terma-terma atau syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.