Pendaftaran Penyedia Latihan & Program Latihan Kemahiran

Pendaftaran & Penentusahan

PL perlu mengemukakan permohonan pendaftaran PL ke Cawangan Pendaftaran dan Penentusahan.
PL perlu memaklumkan kepada PTPK dengan mengemukakan dokumen berkaitan yang telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Permohon pembaharuan pendaftaran perlu dibuat dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh tamat. Setelah tamat tempoh pendaftaran, pendaftaran PL akan terbatal, pihak PL perlu membuat permohonan semula sebagai PL baharu dengan PTPK.
Setelah PL diluluskan pembaharuan pendaftaran, pihak PL perlu membuat pembayaran sebanyak RM 300.00 bagi tempoh kelulusan penuh selama 3 tahun.
PL perlu mengemukakan permohonan pendaftaran PL ke Cawangan Pendaftaran dan Penentusahan.

PL perlu memenuhi syarat-syarat berikut :

1. PL telah berdaftar dan ditauliah daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

2. Bidang latihan atau pendidikan adalah objektif perniagaan yang utama dinyatakan di dalam SSM atau Memorandum Articles of Association (MAA);

3. Modal dibenarkan minimum RM 300,000.00

4. Modal berbayar

  • RM 100,000.00 untuk 1 – 3 program
  • RM 150,000.00 untuk 4 – 8 program
  • RM 200,000.00 untuk 8 program ke atas

5. Tambahan modal berbayar bagi setiap cawangan (jika ada)

  • RM 50,000.00 untuk 1 – 3 program
  • RM 100,000.00 untuk 4 – 8 program
  • RM 200, 000.00 untuk 8 program ke atas

6. Mempunyai tenaga pengajar untuk mengajar program yang dipohon

Jika diluluskan, PL perlu membayar yuran pendaftaran sebagai PL baru sebanyak RM 500.00 bagi kelulusan penuh selama 3 tahun
Ya, Permohonan pendaftaran Penyedia Latihan boleh dibuat pada bila-bila masa, tetapi tertakluk kepada Dasar Sedia Ada PTPK untuk kelulusan pendaftaran.

Kadar Yuran

PL boleh mengemukakan kertas cadangan untuk program baru yang belum dibiaya kepada PTPK & JPK beserta perincian kadar yuran untuk program tersebut samada melalui emel/ faks kepada PTPK & JPK untuk dikaji. Keputusan perbincangan tersebut akan dikemukakan ke PTPK & JPK untuk dikaji semula berdasarkan kepada dasar pembiayaan dan keperluan pasaran/ industri semasa.
PL boleh mengemukakan kertas cadangan untuk kenaikan kadar yuran beserta perincian kadar yuran untuk program tersebut samada melalui emel/ faks kepada PTPK & JPKdengan menggunakan format yang telah ditetapkan. Permohonan tersebut akan disemak dan dikaji diperingkat Jawatan Kuasa di PTPK & JPK berdasarkan kepada dasar pembiayaan dan keperluan pasaran/ industri semasa. Keputusan perbincangan tersebut akan dimaklumkan dan dikemaskini di Laman sesawang PTPK untuk rujukan.
Sekiranya PL ingin menggunakan kadar yuran terkini, PL perlu mengemukakan permohonan pengemaskinian kadar yuran mengikut siling PTPK.
Penyedia Latihan / Peminjam boleh membuat semakan direktori penyedia latihan di laman sesawang PTPK iaitu www.ptpk.gov.my. Paparan adalah melibatkan Program yang dibiayai dan didaftarkan oleh PTPK SAHAJA;